nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hukuman lebih berat cegah gejala pemandu mabuk

26 OGOS: Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 signifikan bagi menyediakan satu persekitaran pemanduan dan peredaran lalu lintas yang seragam, selamat dan efisien atas jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, cadangan pindaan itu juga untuk menambah baik Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] yang berkaitan dengan kesalahan memandu tidak mematuhi peraturan jalan raya khususnya pemandu mabuk sama ada menyebabkan kematian dan kecederaan.

Menurut beliau, pindaan membabitkan 15 fasal utama dan menyentuh 13 Seksyen Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) itu merupakan hukuman berbentuk pencegahan dan pengajaran supaya orang ramai mematuhi semua peraturan jalan raya, seterusnya meningkatkan tahap keselamatan lalu lintas.

parlimen
WEE KA SIONG

“Isu kemalangan maut yang disebabkan oleh pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol adalah merupakan satu perkara yang amat dipandang serius oleh kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan. Seperti umum mengetahui, kebelakangan ini, kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk semakin kerap berlaku dan dilaporkan dalam media massa.

“Sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan serius dan secara holistik, ia akan membawa kesan yang amat negatif kepada orang ramai serta pengguna jalan raya lain yang tidak bersalah. Impak sesuatu kemalangan itu, terutamanya yang menyebabkan kecederaan kekal atau kematian adalah amat buruk ke atas ahli keluarga atau waris mangsa yang terlibat,” katanya ketika membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali kedua dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Jelas Ka Siong, kesalahan bagi memandu dalam keadaan mengantuk hingga menyebabkan kemalangan atau kematian pengguna jalan raya lain tidak terkecuali dan dikategorikan sebagai pemanduan secara melulu atau berbahaya.

Beliau menambah, pindaan Seksyen 44 Akta 333 iaitu memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol dinaikkan antara 10 hingga 15 tahun, denda minimum RM50,000 atau maksimum RM100,000, selain hilang kelayakan lesen memandu bagi tempoh 10 tahun, bagi sabitan pertama.

“Pindaan itu membawa hukuman penjara antara 15 hingga 20 tahun, denda tidak kurang RM100,000 dan maksimum RM150,000 serta hilang kelayakan lesen bagi tempoh 20 tahun, untuk kesalahan seterusnya.

“Seksyen 41 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu melulu atau berbahaya memperuntukkan hukuman penjara antara lima ke 10 tahun, denda RM20,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan lesen sehingga lima tahun, bagi sabitan pertama.

“Pindaan itu mencadangkan hukuman penjara 10 hingga 15 tahun, denda RM50,000 ke RM100,000 atau hilang kelayakan lesen selama 10 tahun, bagi sabitan berikutnya,” ujarnya.

Ka Siong menambah, RUU itu juga meminda Seksyen 45A iaitu memandu dengan kepekatan alkohol melebihi had yang mencadangkan penjara maksimum dua tahun, denda RM10,000 hingga RM30,000 dan hilang kelayakan lesen selama dua tahun, bagi kesalahan pertama.

“Pesalah boleh dipenjara minimum lima tahun, denda RM20,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan lesen lebih lima tahun, bagi sabitan berikutnya.

“Kadar alkohol yang kini ditetapkan 22 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter (ml) nafas; 50 miligram (mg) alkohol dalam 100ml darah atau 67mg alkohol dalam 100ml air kencing,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.