nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pindaan bolehkan prosiding mahkamah secara online

26 OGOS: Kerajaan hari ini membentangkan pindaan terhadap Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Akta 91) bagi membolehkan prosiding mahkamah sivil dan jenayah dilaksanakan secara sidang video dan ‘live-streaming’ pada masa depan.

Rang Undang-Undang Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2020 itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Datuk Takiyuddin Hassan untuk bacaan kali kedua dan dijadualkan untuk bacaan kali ketiga dalam sidang Dewan Rakyat kali ini.

Takiyuddin berkata, kerajaan berbuat demikian berikutan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah memberi impak kepada cara pengendalian sesuatu tugasan atau rutin seharian dan tidak terkecuali bagi mahkamah.

“Meskipun mahkamah bukanlah sebahagian daripada perkhidmatan perlu (essential services) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun bagi memastikan akses kepada keadilan yang optimum dan berterusan kepada rakyat dapat dilaksanakan semasa PKP.

“Badan kehakiman Malaysia telah memaksimumkan keupayaan teknologi sedia ada antaranya dengan mengadakan pendengaran kes melalui sidang video dan pengurusan kes melalui sistem e-Review dan e-mel bagi kes-kes sivil.

“Ini terbukti apabila Badan Kehakiman Malaysia telah menempa sejarah pada 23 April 2020 apabila buat pertama kalinya pendengaran kes iaitu kes di Mahkamah Rayuan telah dijalankan melalui video conferencing dan dibuat live-streaming.

“Bagaimanapun, prosiding dalam talian ini merupakan suatu alternatif kepada kaedah pelaksanaan perbicaraan dan tidak menghalang pihak-pihak untuk meneruskan perbicaraan kes mahkamah secara konvensional,” katanya ketika membentangkan RUU berkenaan di Parlimen sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata pindaan berkenaan juga adalah seiring dengan langkah yang diambil oleh beberapa negara luar dalam pengendalikan prosiding mahkamah secara dalam talian antaranya United Kingdom, Singapura, Australia dan New Zealand.

Akta 91 adalah suatu akta yang berhubungan dengan Mahkamah Kehakiman Atasan dan mula berkuat kuasa di seluruh Malaysia pada 16 Mac 1964.

Antara perkara yang diperuntukkan dalam Akta 91 adalah berkenaan bidang kuasa Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi iaitu bidang kuasa asal, rayuan dan penyemakan.

Ia juga memperuntukkan perkara am antaranya seperti meterai mahkamah, proses mahkamah, mahkamah hendaklah terbuka dan awam dan juga berkenaan kaedah-kaedah mahkamah.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata pindaan berkenaan juga bagi mengadakan rejim perundangan yang lebih kemas serta berstruktur, maka pindaan dicadangkan untuk dibuat kepada beberapa peruntukan Akta 91 membabitkan pindaan kepada empat peruntukan sedia ada dan pengenalan dua peruntukan baharu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.