nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agenda perpaduan Melayu atasi kepentingan politik

28 OGOS: UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) harus terus bersatu dan diperkukuhkan agar orang Melayu dan umat Islam di negara ini tidak lagi berpecah.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penyatuan itu bukan berpaksikan politik semata-mata tetapi merupakan agenda pengukuhan orang Melayu yang jauh lebih besar daripada itu.

Namun, beliau berkata, ketika UMNO dan PAS menyatukan ummah, muncul pula parti baharu yang ingin memecahkan orang Melayu.

“60 tahun PAS-UMNO bermusuh, baik sekejap, berbalah lama. Ekonomi dikuasai oleh orang lain sebab kita berpecah. Akhirnya Allah jinakkan hati kita, yang menyatukan kita bukan Presiden UMNO atau Presiden PAS… Allah yang lembutkan hati-hati kita, penyatuan kita kerana Allah.

“Kita korbankan perasaan ahli UMNO, ahli PAS, bukan mudah untuk UMNO menerima BERSATU dalam Muafakat Nasional (MN) sama macam PAS dengan PAN tapi ini pengorbanan yang perlu kita lakukan. Tapi sayang, muncul pula parti baru, memang kita tidak boleh larang tapi ke mana hala tuju? Untuk apa?” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ceramah MN ‘Kita Kekal Muafakat’ bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang diadakan di Dewan Semai Bakti, Felda Trolak Selatan malam tadi.

Sementara itu, Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air memberitahu, PAS telah memberi isyarat yang jelas kepada semua ahlinya khususnya pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim bagi memastikan calon Barisan Nasional (BN) menang besar.

Beliau menambah, kerana itulah semua kepimpinan PAS turun berkempen di PRK tersebut agar isyarat yang diberikan itu jelas diterima oleh semua para pengundi.

“Ada usaha untuk kurangkan undi PAS kepada calon BN di PRK ini tapi bila Presiden PAS dan Timbalannya turun berkempen di sini, itu signal bahawa ahli PAS akan beri undi kepada BN. Bila semua jentera (PAS) turun buat kerja, nak cakap apa lagi.

“Sekarang ini kita berada dalam senario rakyat yang telah tunjuk bukti tolak Pakatan Harapan (PH) dan ia dibuktikan di setiap PRK. Kali ini giliran pengundi di Slim, bersama dengan Muafakat Nasional (MN) PAS akan bekerjasama pastikan calon BN menang.

“Kita sudah tunjuk, bermula di PRK Sungai Kandis, kali pertama ceramah PAS dengan UMNO, saya sudah sebut ketika itu, yakinlah, PH menang dengan pembohongan, bukan menang atas fakta, menang atas manipulasi media sosial jadi saya sebut kerajaan yang menang atas fitnah tidak akan boleh bertahan lama dan kini telah terbukti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata dengan penyatuan parti-parti Melayu di bawah MN ini antara sebab PH tidak menghantar calon dalam PRK DUN Slim.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.