nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Prinsip Prihatin Rakyat panduan utama Kerajaan PN

30 OGOS: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini, berikrar menjadikan Prinsip Prihatin Rakyat sebagai paduan utama kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerintahkan negara ini.

Muhyiddin menegaskan secara peribadi sebagai pemimpin kerajaan, beliau berpandangan sebuah kerajaan yang baik mestilah sentiasa prihatin kepada rakyat.

Berikutan itu Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menegaskan kerajaan hari ini mestilah sentiasa menjaga dan mengutamakan kebajikan rakyat.

“Kebajikan rakyat mesti diutamakan. Yang susah dibantu. Yang lemah dipapah. Itulah lambang keprihatinan kerajaan kepada rakyat. Saya ingin tekankan kerajaan PN adalah kerajaan ‘Prihatin Rakyat’.

“Justeru, saya berikrar untuk menjadikan Prihatin Rakyat sebagai prinsip panduan utama kerajaan Perikatan Nasional. Prinsip ini telah pun diterjemahkan dalam pakej-pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

“InsyaAllah, prinsip Prihatin Rakyat juga akan diterjemahkan dalam Belanjawan 2021 dan apa jua dasar, inisiatif dan pakej rangsangan ekonomi pada masa hadapan. Walaupun kerajaan berada dalam situasi yang sukar, kebajikan rakyat tidak akan diabaikan,” tegas Muhyiddin dalam perutusan khas sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-63, esok.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata sesuai dengan tema Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu Malaysia Prihatin, beliau juga menyeru rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa supaya menghayati semangat kemerdekaan dengan sentiasa menanam sikap prihatin yang mendalam terhadap satu sama lain.

“Prihatinlah terhadap keluarga kita, sahabat kita, jiran kita, pekerja kita dan semua insan yang berada di sekeliling kita. Prihatin jugalah kepada tanah air kita.

“Jagalah kemerdekaannya, pertahankanlah kedaulatannya, peliharalah keamanannya. InsyaAllah, tanah air kita yang tercinta ini akan kekal merdeka, bebas dan berdaulat salama-lamanya.

“Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan Ke-63 kepada anda semua. Merdeka! Merdeka! Merdeka!,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin berkata pandemik COVID-19 memberikan satu pengajaran yang amat bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia, namun krisis berkenaan berjaya ditangani kerana sikap prihatin semua pihak. –Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.