nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Orang Melayu tidak hilang kuasa – Jayum

1 SEPT: Penganalisis politik, Prof Dr Jayum Jawan menepis dakwaan beberapa pihak yang menyatakan orang Melayu akan hilang kuasa untuk menjadi Perdana Menteri pada masa depan.

Jayum yang juga merupakan Pensayarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, dakwaan tersebut terbukti tidak benar dan orang Melayu tidak akan hilang kuasa memerintah di negara ini kerana kaum majoriti itu mempunyai kerusi terbesar dalam Dewan Rakyat.

“Orang bumiputera tidak perlu risau jika tidak ada satu parti pun yang menang majoriti pun Perdana Menteri tetap orang Melayu. Dahulu, semalam, esok orang Melayu akan jadi Perdana Menteri.

“Orang yang menyatakan Melayu akan hilang kuasa di bumi Melayu itu tidak benar kerana dia tidak baca dan salah baca fakta politik. Kalau baca fakta politik, orang Melayu tidak akan hilang kuasa.

“Kerana bila PRU diadakan, parti lain menang dan akan dilantik orang Melayu juga sebagai PM, bukan kaum Cina, India, bukan daripada Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Pencapaian Harapan dan Cabaran (Dari Aspek Politik) dalam Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, Jayum memberitahu kerusi-kerusi majoriti Melayu adalah faktor penentu kepada pemilihan sebarang calon Perdana Menteri.

Justeru, menurut beliau, ini membuktikan kaum Melayu di negara ini akan terus menentukan kuasa majoriti dalam menentukan siapa yang akan mengepalai kerajaan.

“Sebanyak 125 Parlimen kerusi adalah kerusi majoriti Melayu. Itu yang akan menentukan siapa akan jadi Perdana Menteri, bukan kaum Cina kerana mereka punya 39 kerusi sahaja. India tidak ada kerusi. Satu pun tak ada. Bukan saya kata, tengok fakta.

“Sabah Sarawak 51 kerusi sahaja. Kalau nak kata Sabah Sarawak itu bergabung boleh jadi king maker mana satu kumpulan Melayu yang akan memerintah,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.