nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rais tak kecil hati walaupun pencalonan dibantah

2 SEPT: Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim tidak berkecil hati walaupun segelintir Senator membantah pencalonannya sebelum sidang bermula hari ini.

Menurut beliau, bantahan tersebut merupakan yang pertama dilakukan terhadap calon yang dikemukakan oleh Perdana Menteri yang berkuasa sejak negara mencapai kemerdekaan 63 tahun lalu.

“Jika sedemikian pandangan kita, bukan bermakna kita tidak bersatu. Jika sedemikian pendirian kita, bukan bermakna kita tidak menuju kepada perjuangan yang ulung.

“Justeru mengembalikan pandangan kita kepada Perlembagaan dan juga sumpah taat setia kita adalah tanggungjawab kita bersama sebagai Ahli Yang Berhormat Senator,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan selepas mengangkat sumpah jawatan Yang Dipertua Dewan Negara.

Terdahulu, Ahli Dewan Negara, Senator Nga Hock Cheh membantah usul pencalonan Rais yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau memberi alasan bahawa Perdana Menteri bukan seorang Ahli Dewan Negara sekali gus tidak melayakkan beliau membuat pencalonan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad yang mempengerusi proses pemilihan berkata, walaupun Perdana Menteri bukan Ahli Dewan Negara, beliau ialah Ketua Majlis yang menetapkan tarikh-tarikh majlis Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Beliau menjelaskan, perkara itu merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 10 (1) dan 10 (2).

“Tiada dinyatakan dalam mana-mana peruntukan Peraturan Mesyuarat bahawa hanya ahli sahaja yang boleh mencalonkan seorang sebagai calon Tuan Yang Dipertua.

“Peraturan Mesyuarat 2 (1) menyatakan jika seorang ahli ingin mencalonkan ahli yang lain, ahli yang ingin mencalonkan tersebut perlu memastikan calon suka untuk berkhidmat dan perlu membuat pencalonan sekurang-kurangnya dua hari sebelum mesyuarat,” katanya.

Walau bagaimanapun, keputusan itu dipersoalkan oleh Ahli Dewan Negara iaitu Senator Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan seterusnya memberi penjelasan, Perdana Menteri ialah Ketua Majlis bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Sekiranya Ketua Majlis iaitu Perdana Menteri dikatakan tidak mempunyai hak mengemukakan pencalonan Yang Dipertua Dewan Negara, persoalannya adakah persidangan ini sah?” soalnya.

Beliau memberitahu, Perdana Menteri mempunyai tempat di dalam Dewan Negara dan beliau boleh hadir bila-bila masa dan boleh mengemukakan sebarang usul.

Abdul Halim kemudian menetapkan bahawa keputusan beliau membenarkan usul pencalonan Rais yang dikemukakan oleh Perdana Menteri adalah muktamad. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.