nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia-Singapura berkemampuan tangani COVID-19

3 SEPT: Malaysia dan Singapura perlu terus meningkatkan kerjasama dan berganding bahu untuk mencegah, membendung dan mengawal penularan wabak COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon di pejabatnya di Putrajaya hari ini berkata, kedua-dua negara mempunyai pengalaman, kebolehan serta kepakaran untuk mengatasi ancaman jangka panjang wabak itu.

Beliau berkata, kerjasama yang boleh dijayakan adalah dalam bentuk penyelidikan dan pengembangan vaksin COVID-19 serta bidang epidemiologi, ubat-ubatan antivirus dan sistem kesihatan awam untuk bermanfaat kepada kedua-dua negara.

“Kami akui hubungan dua hala Malaysia-Singapura terus berkembang positif walaupun ketika kedua-dua negara melalui tempoh mencabar, khususnya semasa penularan wabak COVID-19.

“Untuk itu, saya tekankan kedua-dua negara perlu terus meningkatkan kerjasama dan berganding bahu untuk mencegah, membendung dan mengawal penyebaran COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perdana Menteri berkata, perbincangannya dengan Gopala Menon tertumpu kepada usaha yang boleh dan perlu dilakukan kedua-dua pihak dalam memperkukuh dan mempererat kerjasama dua hala antara kedua-dua negara menerusi penerokaan bidang baharu seperti sains teknologi dan inovasi untuk kepentingan bersama.

Selain itu, katanya, mereka turut bersetuju pelaksanaan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) pergerakan rentas sempadan antara Malaysia-Singapura bermula 17 Ogos lalu, berjalan lancar dan berkesan.

Beliau dan Gopala Menon turut menyatakan komitmen memastikan pergerakan orang ramai dan kawalan sempadan terus berjalan lancar tanpa mengabaikan aspek keselamatan, selain yakin langkah itu akan membantu Malaysia dan Singapura memulihkan ekonomi dan interaksi rakyat yang terjejas akibat pandemik berkenaan.

“Saya berharap Malaysia dan Singapura segera memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung cadangan perjalanan ulang-alik harian bagi pekerja dari kedua-dua negara, seiring usaha meningkatkan ekonomi negara serta golongan pekerja yang terbabit,” katanya.

Berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), Muhyiddin berharap perbincangan peringkat menteri kedua-dua negara dapat diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan hala tuju projek berkenaan.

“Bagi sesi Retreat Pemimpin Tahunan (ALR) ke-10 yang sepatutnya dihoskan pihak Singapura tahun ini, saya meminta pegawai kedua-dua negara berbincang dan seterusnya mencadangkan kaedah bersesuaian untuk mengadakan sesi ALR berkenaan atau mengemukakan cadangan lain,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.