nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tun M perlekeh parti anak muda Syed Saddiq

3 SEPT: Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad seolah-olah memandang rendah terhadap kemampuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menubuhkan parti baharu berasaskan golongan muda.

Bekas Perdana Menteri itu juga menegaskan, model parti yang mahu ditubuhkan Syed Saddiq tidak akan berjaya dan tidak sesuai diguna pakai di negara ini.

Bekas Pengerusi Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (Bersatu) berkenaan juga melahirkan rasa hairan dan pelik dengan motif sebenar Syed Saddiq mahu menubuhkan parti berasaskan golongan muda sedangkan di setiap kawasan terdiri daripada pelbagai lapisan umur termasuk orang muda dan orang tua.

“Saya sebenarnya tidak tahu mengapa dia mahu menubuhkan parti baru. Di mana-mana kawasan, mesti kena ada orang tua dan orang muda.

“Kami akan pergi kepada golongan muda juga. Kalau dia (Syed Saddiq) hanya pergi kepada orang muda, agak sukar untuknya berjaya. Tapi ini adalah negara bebas, dia mahu lakukan dengan sendiri.

“Dia pernah menjadi penyokong kuat Pakatan Harapan (PH) dan kini dia rasa perlu bergerak berasingan daripada kami,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.

Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) mengumumkan tentang penubuhan parti baharu tersebut kelmarin setelah enggan menyertai Pejuang.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu kini terpalit dengan kes salah guna dan penyelewengan wang Armada bernilai ratusan ribu ringgit yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berikutan itu SPRM menahan Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan wang tunai sebanyak RM250,000 yang disimpan di dalam peti besi di rumah Syed Saddiq di Petaling Jaya, pada 29 Mac lalu.

Tidak lama selepas itu, SPRM merampas wang tunai RM600,000 dan sebuah kereta mewah bernilai kira-kira RM100,000 daripada dua ahli Armada dipercayai wang parti yang disalah guna dan diselewengkan.

Berikutan itu, Syed Saddiq juga sudah dipanggil beberapa kali ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes kehilangan wang dari rumahnya yang turut dikaitkan dengan dana Armada.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.