nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bekalan air 3 wilayah pulih sepenuhnya hari ini

8 SEPT: Bekalan air di sebanyak 290 kawasan yang sebelum ini terjejas di wilayah Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah pulih sepenuhnya sehingga jam 6. 30 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, 136 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan di empat wilayah iaitu Klang/Shah Alam, Gombak, Petaling dan Kuala Lumpur.

Menurut beliau, secara keseluruhannya sejumlah 1,156 kawasan telah pulih sepenuhnya dari 1,292 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual dengan peratusan pemulihan pada 89. 47 peratus ekoran henti tugas di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 serta Rantau Panjang pada 3 September lalu.

“Lapan kawasan dalam kumpulan satu masih belum pulih sepenuhnya walaupun tersenarai di dalam kawasan yang sepatutnya pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah malam tadi.

“Mengikut peratusan pemulihan, empat lagi wilayah iaitu Petaling sudah mencapai tahap 95.72 peratus; Gombak (94.89%); Kuala Lumpur (85.02%) dan Klang/Shah Alam (59.32%),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tambahnya, pihaknya kini sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan yang terjejas.

Sementara itu, Elina memberitahu mpengguna dinasihatkan supaya tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan yang masih terjejas berjalan lancar.

“Air Selangor juga mengingatkan pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi melalui hebahan rasmi dan tidak menyebarkan berita tidak sahih berhubung gangguan berkenaan,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.