nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rayuan Musa Aman dan 32 ADUN ditolak

8 SEPT: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Ini bermakna Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan berlangsung seperti diputuskan pada 26 September ini dengan hari penamaan pada Sabu ini.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada pihak Tan Sri Musa Aman, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Istana Kehakiman petang ini.

musa

Keputusan itu diputuskan sebulat suara ketiga-tiga panel hakim yang turut terdiri daripada Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Supang Lian sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 21 Ogos lalu.

Namun demikian, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan hari ini masih mempunyai peluang terakhir untuk merayu, ke Mahkamah Persekutuan.

Sebelum itu, Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selama 25 minit pada 3.45 petang “untuk membincangkan kes secara serius” selepas mendengar hujahan berhubung rayuan mengenai pembubaran DUN Sabah.

Hakim Abdul Karim berkata, panel perlukan masa untuk membincangkan kes itu secara serius.

Panel itu telah mendengar hujahan daripada peguam mewakili 33 ADUN diketuai Musa yang merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak permohonan mereka bagi kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Yang Dipertua Negeri membubarkan DUN pada 30 Julai.

Mahkamah turut mendengar hujahan peguam mewakili empat responden iaitu Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin; Mohd Shafie; kerajaan negeri Sabah dan SPR.

Sekiranya mahkamah membuat keputusan yang memihak kepada Musa dan 32 ADUN yang lain, kes itu akan dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk mendengar merit permohonan semakan kehakiman itu.

Jika sebaliknya, keputusan Mahkamah Tinggi akan kekal. Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan hari ini masih mempunyai peluang terakhir untuk merayu, ke Mahkamah Persekutuan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.