KENYATAAN MEDIA
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis pada 4 November 2026 berhubung dengan kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN N.04 Mata Ayer berikutan kematian penyandangnya Allahyarhamah YB Puan Wan Badariah binti Wan Saad pada 31 Oktober 2026.
2. Selaras dengan Fasal (5) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis, YB Speaker DUN Perlis telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut. Selaras dengan itu, tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Bahagian Pilihan Raya Negeri DUN N.04 Mata Ayer, Perlis akan dijalankan.
Datuk Seri Ramlan Harun
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia