nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Muhyiddin bertemu pemimpin PN, BN

11 SEPT: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan tertutup bersama 25 pemimpin tertinggi gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN), di sebuah hotel di Kota Kinabalu, hari ini.

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merangkap Pengerusi PN tiba pada jam 10.30 pagi diiringi pemimpin-pemimpin kanan parti komponen PN dan BN.

Difahamkan, pertemuan tertutup berkenaan diadakan bagi menyelesaikan pelbagai isu berbangkit berhubung persiapan PN/BN termasuk pertindihan kerusi ditandingi gabungan berkenaan menjelang penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah esok.

Sabah
Muhyiddin diiringi pemimpin-pemimpin PN dan BN ke lokasi mesyuarat.

Antara pemimpin kanan parti politik yang hadir Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Pengerusi PN yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Turut hadir, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee; Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, Pengerusi MCA Sabah, Lu Yen Tung; Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Seri Radin Malih dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Kurup.

Sementara itu, Muhyiddin dijangka menghadiri beberapa lagi program hari ini antaranya Majlis Perjumpaan bersama warga institusi pengajian tinggi awam (IPTA) Sabah serta Penyampaian Tawaran Program Dermasiswa My Brighter Future (MyBF) Yayasan Tenaga Nasional bertempat di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Muhyiddin juga akan menghadiri Ramah Mesra Bersama Penduduk Setempat bertempat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Keramat, Putatan. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.