nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Arab Saudi keluarkan amaran kecemasan di Jeddah, Makkah, Taif

15 SEPT : Amaran kecemasan ‘potensi bahaya’ di Jeddah, Makkah dan Taif dikeluarkan Arab Saudi, hari ini.

Pertahanan Awam Arab Saudi menerusi Platform Amaran Awal Nasional bagi Kecemasan menggesa penduduk berlindung di tempat selamat serta mematuhi arahan keselamatan rasmi.

Penduduk dinasihatkan supaya bertenang dan segera menuju ke tempat selamat terdekat, sebaik-baiknya di dalam bangunan atau bilik bahagian dalam yang jauh dari tingkap sehingga bahaya berakhir.

Mereka turut diminta menjauhi kawasan terbuka, tingkap, balkoni dan bumbung bangunan, manakala individu yang berada di luar dinasihatkan memasuki bangunan terdekat atau berlindung di sebalik penghadang kukuh.

Pemandu yang menerima amaran itu pula diarahkan berhenti di tempat selamat yang jauh daripada jambatan dan bangunan tinggi.

Orang ramai turut diminta mengelakkan kawasan tumpuan serta lokasi berbahaya dan mematuhi arahan menerusi saluran rasmi.

Kemudian, Pertahanan Awam Arab Saudi menerusi hantaran di X memaklumkan ‘bahaya sudah berlalu’ sambil menggesa orang ramai agar tidak berhimpun dan merakam kejadian.

Namun bentuk potensi bahaya berkenaan tidak diperincikan.

Amaran itu dikeluarkan ketika pertempuran antara Arab Saudi dan kumpulan Houthi semakin memuncak dengan kumpulan berkenaan melancarkan beberapa serangan peluru berpandu dan dron terhadap bandar serta infrastruktur Arab Saudi sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Tentera Arab Saudi bertindak balas dengan melancarkan serangan terhadap kedudukan Houthi di Yaman.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.