nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penduduk timur Sabah dinasihat duduk di rumah

15 SEPT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati penduduk di Tawau, Lahad Datu dan Kunak supaya duduk di rumah sekiranya tidak mempunyai sebarang urusan berikutan peningkatan kes COVID-19 di daerah berkenaan kebelakangan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sekiranya perlu berada di luar rumah, mereka diminta memastikan penjarakan fizikal satu meter selain memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan.

Katanya, nasihat prosedur operasi standard (SOP) ini bukan hanya di Sabah yang kini sedang berlangsung kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) tetapi juga kepada semua rakyat Malaysia kerana virus ini memang berada di sekeliling semua.

“Petugas kesihatan dan petugas barisan hadapan, mereka juga diseru mematuhi SOP termasuk pemakaian PPE dan sebagainya semasa melakukan tugas di lapangan.

“Ini penting, kalau tak patuh SOP, akan bermulalah jangkitan dalam komuniti. Nasihat ini untuk semua rakyat Malaysia. Pematuhan SOP membolehkan kita mengurangkan sehingga 80 peratus risiko,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Sementara itu, katanya, KKM sedang melakukan persiapan untuk melakukan saringan besar-besaran dalam komuniti di tiga daerah terlibat yang akan menentukan tindakan lanjut pihak berkuasa.

“Kita telah kenal pasti kampung dan kawasan kediaman terlibat. Tindakan telah diambil dan jika ada lokaliti menunjukkan kes positif tinggi, maka PKPD mungkin diumumkan,” katanya.

Tambah Noor Hisham, nilai Rt bagi negeri Sabah pada 8 September lalu adalah amat tinggi, iaitu pada nilai 3.72 manakala nilai Rt bagi negeri Kedah pada tarikh yang sama ialah 2.63.

Katanya, hasil tindakan kesihatan awam yang giat dijalankan telah menurunkan sedikit nilai ini bagi kedua-dua negeri.

“Pada 13 September 2020, nilai Rt bagi negeri Sabah adalah 1.70, iaitu hampir sama dengan nilai Rt bagi negeri Kedah pada tarikh yang sama iaitu 1.58.

“Namun begitu, nilai ini masih kekal melebihi 1.0 bagi kedua-dua negeri, dan seterusnya memberi kesan kepada nilai Rt bagi negara.

“Tindakan kesihatan awam perlu diteruskan dan dipergiat agar nilai ini dapat terus dikurangkan sehingga kurang daripada 1.0; sekaligus mengurangkan transmisi dan kebolehjangkitan COVID-19 di dalam komuniti,” ujarnya.

Sementara itu, kata Noor Hisham, pusat kuarantin berisiko rendah di daerah-daerah terlibat hanya akan digunakan jika katil hospital tidak mencukupi.

Katanya, pusat itu untuk menempatkan mereka yang positif tetapi tidak bergejala dan KKM telah mengenal pasti kawasan berkenaan.

Menjawab soalan media, Noor Hisham berkata, kluster Benteng LD menunjukkan kawalan sempadan menerusi Ops Benteng sangat perlu bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk di laluan tikus.

Katanya, kes indeks kluster berkenaan menunjukkan berasal dari PATI dan ketika ini 90 peratus dari kluster Benteng LD adalah tertumpu tahanan di lokap Lahad Datu dan Penjara Tawau.

“Kita mempunyai kapasiti untuk mengekang penularan ini di kluster berkenaan.

“Lebih penting ialah pendekatan bersasar untuk mengesan kontak rapat mereka yang terdedah dengan kes positif COVID-19,” jelasnya.-Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.