nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kehidupan lebih baik untuk rakyat Sabah

16 SEPT: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini melancarkan manifesto sebagai aku janji dan tawaran baharu kepada rakyat Sabah untuk dilaksanakan sekiranya mereka menang dan mengambil alih kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 26 September ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, manifesto berkenaan bukan aku janji biasa tetapi ia amat istimewa kerana berpaksikan hak Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63), dirangka secara bersama oleh parti komponen Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang membentuk gabungan GRS.

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berkata, aku janji itu perlu dilaksanakan demi pembangunan, kemajuan dan kehidupan lebih baik buat rakyat Sabah, selain sebuah komitmen menyeluruh semua parti dalam gabungan itu untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik buat rakyat Negeri di Bawah Bayu itu.

GRS
Muhyiddin Yassin bersama pemimpin-pemimpin GRS dalam majlis pelancaran Aku Janji GRS di Kota Kinabalu, hari ini.

“Kenapa salinan aku janji diserah kepada saya selaku Perdana Menteri ialah kerana antara perkara tersenarai (dalam aku janji) ada hubung kait dengan urusan kerajaan Persekutuan, sebahagian yang lain urusan kerajaan negeri…(aku janji ini) tawaran baharu jauh lebih baik daripada Parti Warisan Sabah untuk rakyat Sabah.

“Ini suatu yang harus kita lakukan disebabkan antara lain Sabah miliki rakyat ramai yang sebahagian besarnya perlukan pembangunan dan kemajuan.

“Rakyat Sabah seperti negeri lain masih perlukan pembelaan dan sokongan pelbagai peringkat kerajaan di negeri dan Persekutuan,” katanya ketika melancarkan Aku Janji GRS di sebuah hotel di Kota Kinabalu hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa; Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Radin Malleh.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, aku janji berkenaan bukanlah satu komitmen luar biasa yang sukar ditunai oleh kerajaan negeri yang bakal ditadbir GRS dengan bantuan kerajaan Persekutuan tetapi ia mampu menjadikan negeri Sabah lebih maju berbanding di bawah Warisan sekarang.

“Aku janji ini adalah komitmen bukan biasa luar dan terlalu sukar untuk dilaksanakan seperti dibuat Warisan dan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini yang menjanjikan ‘bulan dan bintang’ namun sehingga kini gagal dilaksanakan.

“Malah, kerajaan negeri ditadbir Warisan pernah berjanji untuk memberikan bantuan ‘one off’ berjumlah RM300 kepada rakyat Sabah yang menghadapi kesusahan dan kesempitan wang akibat COVID-19, namun selepas enam hingga tujuh bulan malah sehingga kini, saya difahamkan tiada seorang pun rakyat di akar umbi menerimanya.

“Berikutan itu saya memberi jaminan bahawa kita akan menunaikan janji termasuk mengembalikan hak Sabah seperti termaktub dalam Penjanjian MA63… Insya-Allah saya akan umumkan berita baik bagi rakyat Sabah dan Sarawak berkenaan dalam ucapan sempena sambutan Hari Malaysia peringkat Kebangsaan di Sibu malam ini,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.