nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

62 penularan baru, COVID-19 di Malaysia lebih 10,000 kes

16 SEPT: Sebanyak 62 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan 59 daripadanya dikesan di Sabah sekali gus menjadikan kes positif yang direkodkan di negara ini mencecah 10,031 kes sejak kali pertama dikesan awal tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hari ini hanya satu kes import dilaporkan melibatkan seorang rakyat Malaysia yang baru pulang dari India.

Katanya, bagi kes dalam negara pula, tiga negeri melaporkan kes baru iaitu Sabah (59) manakala Kedah dan Pulau Pinang masing-masing satu kes.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 668 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Ketika ini 15 orang pesakit COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tiga daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat 14 pesakit di ICU mendapat jangkitan dari dalam negara manakala satu pesakit mendapat jangkitan dari luar negara. Kesemua pesakit adalah warganegara Malaysia,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Menurut Noor Hisham, daripada 59 kes di Sabah, 48 adalah daripada kluster Benteng LD manakala satu kes lagi melibatkan kluster Pulau.

“Empat kes saringan petugas kesihatan di Hospital Lahad Datu; tiga kes saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dari Semenanjung Malaysia; dua kes saringan di Klinik Kesihatan Lahad Datu dan satu kes saringan di Penjara Sandakan.

“Di Kedah pula, kluster Sungai mencatatkan satu kes manakala satu kes di Pulau Pinang melibatkan saringan kontak rapat kepada kes ke-9397 dan kes ke-9459 yang mana kesemua mereka duduk serumah,” ujarnya.

Tambah Noor Hisham, kes positif kluster Benteng LD kini sebanyak 472 kes dengan 7,247 individu telah disaring dalam kluster ini di Lahad Datu dan Tawau dengan 2,705 masih menunggu keputusan.

“Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan 1,379 banduan dan tahanan di mana 429 kes dikesan positif COVID-19; 1,156 kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 10 kes dikesan positif COVID-19.

“Selain itu 1,251 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan di mana 10 dikesan positif COVID-19; 994 pegawai agensi kerajaan lain, tiada dikesan positif COVID-19; dan 2,467 kontak sosial di mana 23 kes dikesan positif COVID-19.

“Jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan,” katanya.

Menurut Noor Hisham, daripada jumlah 472 kes positif COVID-19 dalam kluster ini, 214 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 258 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara.

Mengenai kluster Sungai di Kedah, sejumlah 19,809 individu telah disaring dalam kluster ini dengan 59 dikesan positif.

“Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif bagi kluster Benteng LD, Laut dan Sungai masih diteruskan,” katanya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.