nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Parti kecil, baharu tak mampu beri saingan sengit

16 SEPT: Penyertaan banyak parti-parti kecil dan baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak menjejaskan hakikat bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan Plus merupakan dua kuasa politik besar di negeri itu.

Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, parti-parti seperti Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS) tidak dianggap setanding dengan kekuatan GRS dan Warisan Plus.

Namun, pada masa yang sama, beliau mengingatkan GRS agar tidak memandang remeh terhadap cabaran yang diberikan oleh kedua-dua parti itu.

“Saya lihat parti-parti baharu seperti PCS walaupun Datuk Seri Anifah Aman mempunyai kekuatan ketokohan dari segi beliau bekas Menteri Luar namun setakat ini PCS dan juga parti-parti kecil lain tidak akan mampu membawa gelombang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Kalau secara individu ada seorang dua tokoh mereka menang itu mungkin atas kapasiti peribadinya tetapi nak membawa kemenangan kepada calon-calon lain yang bertanding di bawah tiket parti mereka itu saya rasa agak mustahil untuk berlaku,” katanya ketika dihubungi PN BBC Portal, hari ini.

PCS meletakkan calon di kesemua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus menjadikan parti itu mempunyai calon paling ramai dalam PRN Sabah.

Parti yang mempunyai bilangan calon kedua tertinggi adalah Parti Warisan Sabah 53 calon, diikuti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) 47 calon, Parti Liberal Demokratik (LDP) 46 calon dan Barisan Nasional (BN) 41 calon.

Gabungan komponen Perikatan Nasional (PN) pula meletakkan 29 orang calon, diikuti Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) 28 calon, Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) 23 calon, Parti Bersatu Sabah (PBS) 22 calon dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) 12 calon.

Selain itu PKR tujuh calon, Parti Harapan Rakyat Sabah lima calon, Parti Anak Negeri dua calon dan masing-masing satu dari PAN, Parti Kebangsaan Sabah dan Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah manakala calon Bebas seramai 56 orang. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.