nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Portal SPRM tayang nama, muka pesalah rasuah

16 SEPT: Nama dan gambar anda akan didedahkan menerusi Pangkalan Data Pesalah Rasuah di portal rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika disabitkan kesalahan jenayah tersebut.

Langkah diambil SPRM ini pastinya akan membuat orang ramai berfikir dua kali untuk melakukannya kerana pangkalan data itu boleh diakses sesiapa sahaja melalui portal rasmi suruhanjaya itu.

SPRM menerusi portalnya memberitahu, objektif utama inisiatif ini bertujuan menunjukkan langkah-langkah pencegahan dan memberikan petunjuk yang jelas bahawa perang telah diisytiharkan terhadap rasuah.

Menurutnya, pangkalan data ini berkhidmat sebagai satu alat kesedaran yang penting untuk membantu orang awam dan organisasi dalam melaksanakan proses penyelidikan serta penilaian sebelum mengambil, melantik atau menaikkan pangkat pekerja mereka.

“Pangkalan data ini juga memainkan peranan sebagai alat pengajaran bagi mencegah orang lain daripada melakukan perbuatan rasuah selain bertindak sebagai faktor yang memberi keinsafan terhadap mereka yang disabitkan dengan kesalahan rasuah.

“Ini kerana maklumat mengenai mereka dan kesalahan dilakukan akan dipaparkan dan boleh diakses oleh orang awam selama tempoh tiga tahun bermula dari tarikh ia mula dipaparkan di laman sesawang SPRM,” katanya.

Namun SPRM memaklumkan maklumat yang disediakan untuk rujukan am sahaja.

“SPRM tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kesilapan dalam atau ketinggalan, ” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.