nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Permohonan batal warta LTTE pengganas ditolak

17 SEPT: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan pemandu teksi, V Balamurugan untuk membatalkan warta kerajaan yang menyenaraikan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sebagai pengganas.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Omar Kutty Abdul Aziz yang mewakili Balamurugan selaku pemohon kepada pemberita selepas prosiding di hadapan Hakim Datuk Seri Mariana Yahya hari ini.

Menurut laporan Bernama, Omar Kutty berkata, mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan itu sepatutnya difailkan dalam masa tiga bulan selepas LTTE diwartakan sebagai kumpulan militan pada 2014.

“Balamurugan juga sudah lepas bebas daripada tuduhan LTTE, jadi dia sudah tiada locus standi untuk memfailkan permohonan itu. Mahkamah menolak permohonan itu tanpa sebarang perintah terhadap kos,” katanya.

Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambali bertindak bagi pihak responden iaitu Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia.

Pada 6 Februari lalu, mahkamah memberi kebenaran kepada Balamurugan untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia.

Balamurugan, 38, memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman pada 8 Januari lalu, bagi memohon suatu perintah certiorari untuk membatalkan serta-merta butiran mengenai LTTE dalam Perintah Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Pengisytiharan Entiti Ditentukan Dan Kehendak Untuk Melapor) (Pindaan) 2014 bertarikh 12 November 2014.

Dalam permohonan itu, Balamurugan memohon suatu pengisytiharan dan/atau deklarasi bahawa butiran mengenai LTTE dalam perintah itu tidak mempunyai kesan dan tidak terpakai manakala kemasukan butiran mengenai LTTE adalah batal dan tidak sah yang ia adalah ultra vires atau melangkaui Perlembagaan Persekutuan.

Pada 24 Februari lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh melepas dan membebaskan Balamurugan daripada lima pertuduhan berkaitan LTTE selepas dimaklumkan pihak pendakwaan tidak meneruskan kes terhadap tertuduh.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.