nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Satu kematian, satu lagi kluster baru

19 SEPT: Selepas mencatatkan jumlah penularan yang tinggi kebelakangan ini, kes baru COVID-19 di Sabah hari ini turun kepada satu angka dengan lapan kes.

Namun demikian, satu lagi kluster dilaporkan di negeri itu melibatkan kluster Bakau di Semporna.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 17 kes tempatan dilaporkan dengan Kedah mencatatkan jumlah tertinggi hari ini dengan sembilan kes termasuk satu kematian diikuti Sabah, lapan kes.

Katanya, lapan kes di Kedah itu melibatkan kluster Sungai manakala satu lagi saringan penyakit berkaitan pernafasan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

“Keseluruhannya 20 kes dilaporkan hari ini termasuk tiga kes import yang melibatkan kepulangan dari New Zealand, Qatar dan India.

“Dua daripada kes import yang dikesan positif itu adalah rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, bilangan pesakit sembuh hari ini berjumlah 51 orang dan dengan perkembangan ini, terdapat 722 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dilaporkan.

Katanya, sehingga kini, terdapat 12 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan COVID-19 di Kedah.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 130 kes bersamaan 1.28 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” ujarnya.

Tambah beliau, kes kematian ke-130 itu merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 82 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit strok serta sukar bergerak sendiri sejak Mac 2020 akibat patah tulang utama di kaki.

“Beliau mengalami gejala demam pada 4 September 2020 namun tidak mendapatkan rawatan. Pada 7 September 2020, beliau telah dikesan sebagai kontak rapat kepada anak dan cucu beliau yang merupakan kes positif dalam Kluster Sungai (iaitu kes ke-9458 dan kes ke-9547), lalu dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah.

“Saringan COVID-19 didapati positif pada 9 September 2020. Keadaan beliau didapati merosot dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Beliau disahkan meninggal dunia pada 18 September 2020 jam 5.45 petang,” ujarnya.

Mengenai kluster Bakau, Noor Hisham berkata, kes indeks kluster ini adalah seorang perempuan warganegara Filipina iaitu kes ke-10,145 yang merupakan kes kematian ke-129 yang telah dilaporkan pada 18 September 2020.

Katanya, saringan COVID-19 kes indeks didapati positif pada 16 September 2020 dan susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan dua lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Bakau dikenal pasti.

“Dua kes positif ini melibatkan seorang warganegara Malaysia dan satu warganegara Filipina. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan.

“Sehingga 19 September 2020, 12 tengah hari, sejumlah 109 individu telah disaring dengan 106 individu menunggu keputusan. Langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan pembersihan telah dijalankan di Hospital Semporna. Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya.

Menurut beliau, kluster Benteng LD hari ini hanya mencatatkan satu kes manakala tujuh lagi kes yang dilaporkan di Sabah melibatkan tiga kes saringan rujukan ke Hospital Tawau dari Hospital Semporna.

Katanya, satu (1) kes masalah pernafasan di Hospital Tawau; satu kes saringan pra pembedahan di Hospital Keningau; satu kes saringan komuniti di Tawau dan satu kes daripada Kluster Bakau yang melibatkan bukan warganegara, iaitu kluster baharu di Semporna. – Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.