nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Shafie jangan berlagak sombong – Azmin

20 SEPT: Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menasihatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, supaya tidak berlagak sombong kerana kerajaan Persekutuan banyak menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi di negeri berkenaan.

Mohamed Azmin mendedahkan ketika memegang portfolio Menteri Hal Ehwal Ekonomi, beliau pernah membantu Mohd Shafie dengan meluluskan peruntukan untuk pembangunan negeri Sabah permohonan daripada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), pada 2018.

Justeru, Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu menyifatkan Mohd Shafie sebagai munafik dan pembohong besar sebab Mohamed Azmin adalah individu pertama dihubungi selepas beliau menjadi Ketua Menteri Sabah, pada 2018.

azmin
Mohamed Azmin membantu kempen Arsit Sedi di DUN Kuala Penyu, malam tadi.

“Saya nak dedahkan pada malam ini siapa Shafie Apdal. Beliau adalah munafik dan pembohong sebab pada tahun 2018 bila dia dilantik jadi Ketua Menteri Sabah, orang yang pertama beliau hubungi adalah saya.

“Dia tulis surat kepada saya minta daripada saya sebagai menteri Hal Ehwal Ekonomi ketika itu untuk melaksana projek-projek kecil di negeri Sabah. Berapa nilainya dia minta? RM110 juta, saya bagi RM110 juta.

“Kemudian dia minta peruntukan pembangunan untuk negeri Sabah, dia kata ‘Azmin saya Ketua Menteri Sabah, tolonglah bangunkan Sabah’ pada tahun 2018. Peruntukan pembangunan Sabah yang saya luluskan dalam Belanjawan (pada tahun itu) RM4.1 bilion,” katanya ketika berucap dalam Program Rapat Umum dan Semarak bersama calon PN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas, Datuk Seri Arsit Sedi @ Sidik di Bakut View, Putatan malam tadi.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin berkata, ketua Menteri Sabah itu kini memusuhi Kerajaan Persekutuan yang menyumbang kepada pembangunan Sabah yang ditadbirnya lebih dua tahun ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin menegaskan, sumbangan kerajaan Persekutuan membuktikan bahawa kerajaan negeri perlu menjalinkan kerjasama dua hala yang baik.

“Oh bila kamu tidak ada wang kamu cari aku, bila datang pilihan raya ‘Sabah for Sabahan’, inilah munafik namanya. Itu baru satu contoh.

“Yang tolong bukan Warisan, bukan Shafie Apdal, yang tolong kerajaan Persekutuan. Maknanya apa sebagai kerajaan negeri kena kerjasama dengan kerajaan Persekutuan.

“Jangan sombong, jangan angkuh, jangan mendabik dada, jangan memecah belahkan perpaduan rakyat Malaysia, orang Sabah orang yang mahukan perpaduan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata perpecahan di antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah tidak akan menguntungkan rakyat, melambatkan pertumbuhan ekonomi serta kemajuan di Negeri Di Bawah Bayu ini.

“Bagaimana nak majukan Sabah kalau berpecah? Ya benar kerajaan Persekutuan ada tanggungjawab. Kerajaan negeri pun bertanggungjawab menjalin hubungan baik bekerjasama baik dengan kerajaan Persekutuan. Bukan Sabah tapi negeri lain negeri lain juga begitu. Kalau kerajaan negeri lain boleh kenapa tidak Sabah?” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.