nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Anggota keselamatan diseru tolak Warisan dan sekutu

21 SEPT: Seluruh rakyat termasuk anggota keselamatan diseru tidak sesekali mengundi calon Parti Warisan Sabah (Warisan) dan sekutu mereka berikutan kenyataan seorang pemimpin parti itu yang menyifatkan pencerobohan pengganas asing di Lahad Datu sebagai sandiwara.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenyataan terbaru seorang pemimpin Warisan jelas menghina seluruh anggota yang mempertaruhkan nyawa untuk mempertahankan negara dan bumi Sabah selama ini.

“Saya amat yakin jika pemimpin ini boleh mengeluarkan penghinaan tersebut dalam ceramah parti Warisan maka ianya juga mungkin pendirian parti Warisan keseluruhannya jika tidak dinafikan.

“Justeru, saya mengajak seluruh rakyat Sabah terutamanya anggota keselamatan ATM, PDRM, APMM dan ESSCOM untuk menolak politik penghinaan ini dan tidak sesekali memberikan undi kepada mana-mana calon Warisan dan sekutu mereka,” katanya.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan Pertahanan berkata demikian menerusi Facebook beliau hari ini.

Video ucapan Ahli Majlis Tertinggi Warisan, Datuk Mohamaddin Ketapi mendakwa kononnya peristiwa pertempuran di Tanduo itu sebagai sandiwara dalam ceramahnya pada kempen PRN Sabah itu tular di media sosial.

Berikutan itu, pelbagai pihak menyelar Mohamaddin yang juga calon Warisan pada PRN Sabah ini kerana kenyatannya itu sesuatu yang tidak dapat diterima sama sekali.

Bekas Menteri Persekutuan era PH itu bagaimanapun menafikan menghina anggota keselamatan sebaliknya mendakwa telah diputar belit.

Kata Ismail Sabri, menuduh dengan sewenangnya bahawa peristiwa pencerobohan di Tanduo adalah “sandiwara” merupakan penghinaan nyata beliau kepada seluruh rakyat Sabah khususnya anggota-anggota keselamatan yang terdiri dari pelbagai agensi.

“Apakah beliau sedar bahawa setiap anggota keselamatan menyabung nyawa untuk mempertahankan kedaulatan Sabah dan bumi Malaysia ini dari serangan pengganas yang menyeberangi lautan dari Pulau Siminul Filipina untuk memastikan rakyat dan bumi ini tidak ditakluk atau diceroboh.

“Keamanan yang beliau nikmati hari ini hasil dari semua pejuang-pejuang yang terdiri dari anggota-anggota keselamatan pelbagai agensi yang menggadaikan nyawa setiap saat dan waktu memastikan keamanan,” jelasnya.

Sementara itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengeaskan tindakan calon Warisan itu yang menyifatkan pencerobohan bersenjata ke atas wilayah negara sebagai satu sandiwara adalah satu pembohongan dan hasutan.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) berkata, ia juga mencerminkan bahawa Warisan tidak komited untuk mempertahankan kedaulatan negeri dan keselamatan rakyat Sabah.

Beliau berkata pada sama, ucapan calon Warisan Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama itu, juga telah mempersendakan pengorbanan anggota keselamatan negera serta menghina jasa dan pengorbanan setiap anggota yang terkorban.

“Saya yakin, keluarga besar pasukan keselamatan negara khususnya mereka yang terkorban dalam pertempuran itu serta seluruh rakyat Malaysia yang patriotik tidak boleh menerima keceluparan beliau.

“PN mendesak Mohamaddin menarik balik kata-kata penghinaan itu dan segera memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya keluarga pasukan keselamatan yang terkorban dalam menjalankan tanggungjawab suci mempertahankan tanah air,” katanya, dalam kenyataan hari ini.

Rakyat Sabah, katanya, mesti menolak sesiapa saja yang cuba mempermain-mainkan kedaulatan dan keselamatan negara untuk tujuan politik sempit.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.