nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

136 individu langgar arahan PKPP

22 SEPT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 136 individu semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 36 individu direman manakala 100 orang dikenakan kompaun.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (43), tidak memakai pelitup muka (26), tangkapan pendatang asing tanpa izin (22).

“Kesalahan-kesalahan lain adalah aktiviti dalam pub/kelab malam (19), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran pelanggan (11), premis beroperasi tanpa kebenaran (4), keluar rumah tanpa alasan munasabah di kawasan PKPD (9), masuk ke kawasan PKPD tanpa alasan kukuh (1) dan keluar kawasan PKPD tanpa alasan munasabah (1),” katanya dalam sidang media, hari ini.

ISMAIL SABRI YAAKOB
ISMAIL SABRI YAAKOB

Beliau memberitahu, Ops Benteng semalam berjaya menahan 64 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan seorang tekong serta merampas lima kenderaan darat.

“Antara kejayaan Ops Benteng semalam termasuk penahanan 10 PATI (8 lelaki dan 2 perempuan) di Bandar Penawar, Johor oleh Rejimen Pertama Kor Armor Diraja,” jelasnya.

Secara keseluruhan, dari 1 Mei sehingga 21 September, seramai 7,012 individu telah ditahan di bawah Ops Benteng merangkumi PATI (5,992), tekong (737), dan penyeludup (283).

Ismail Sabri menambah, pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga telah melakukan 1,288 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP dan mendapati 1,272 premis mematuhi SOP yang ditetapkan.

“16 premis pula diberi nasihat kerana tidak patuh SOP,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan, kerajaan membenarkan premis sukan beroperasi sehingga jam 2 pagi.

Berhubung situasi kluster COVID-19 di Tawau, Lahad Datu dan Semporna, Ismail Sabri berkata, pihak polis akan menambah Sekatan Jalan Raya bagi mengawal situasi dalam usaha mengelakkan penularan wabak tersebut,’

“Pasukan Petugas Operasi Pematuhan secara bersepadu akan memperketatkan pemantauan dan penguatkuasaan SOP. Agensi Keselamatan di bawah Pasukan Petugas Kebangsaan juga akan mengukuhkan kawalan sempadan di perairan Sabah,” katanya.

Beliau turut menasihatkan semua pihak yang terlibat dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah supaua mengamalkan kawalan kendiri yang ketat khususnya SOP asas seperti penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.