nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

98 peratus mohon lanjut moratorium dilulus

23 SEPT: Orang ramai yang masih belum memohon moratorium pinjaman bank supaya segera menghubungi institusi perbankan masing-masing untuk membuat permohonan sebelum moratorium automatik yang diberikan bakal berakhir hujung bulan ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan terus memantau perkembangan terkini dan akan memastikan institusi perbankan memainkan peranan untuk membantu rakyat dan perniagaan yang benar-benar memerlukan dalam menghadapi tempoh yang mencabar ini.

“Pada Julai yang lalu, saya juga telah mengumumkan Moratorium Lanjutan dan Bantuan Bank Secara Bersasar. sehingga 11 September, institusi perbankan telah berbincang dengan lebih 1.4 juta peminjam, dan lebih 380,000 peminjam telah mengesahkan yang mereka benar-benar memerlukan bantuan ini.

“Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa 98 peratus permohonan moratorium lanjutan dan bank bersasar telah diluluskan,” katanya dalam peruusan Inisatif Khas Tambahan : Kita Prihatin hari ini.

Menurut Muhyiddin, buat masa ini, angka terbaharu dari Jabatan Perangkaan Malaysia memperlihatkan perkembangan menggalakkan pada penunjuk-penunjuk ekonomi seperti indeks kadar pengangguran, indeks pembuatan, indeks
penggunaan dan lain-lain.

Katanya, semua pihak boleh melihat berputiknya tanda-tanda awal yang ekonomi negara semakin pulih setelah mencatatkan penguncupan KDNK yang besar pada suku kedua iaitu 17.1 peratus ekoran pelaksanaan PKP yang memerlukan hampir semua sektor ditutup.

“Namun demikian, sekiranya dilihat dari sudut pencapaian bulan ke bulan, KDNK negara mencatatkan pertumbuhan dari negatif 28.6 peratus pada bulan April kepada negatif 19.5 peratus pada bulan Mei dan negatif 3.2 peratus pada bulan Jun.

“Ini merupakan pertumbuhan positif 25.4 peratus dalam tempoh 3 bulan sahaja.

“Tambahan pula, beberapa indikator utama telah menunjukkan peningkatan hasil tindakan pantas Kerajaan melalui pakej PRIHATIN dan PENJANA,” jelasnya.

Sementara itu, tegas Muhyiddin, dalam keadaan masa mencabar ini, setiap pihak perlu bekerjasama seperti mana yang ditunjukkan Ahli-ahli Parlimen yang keluar daripada kerangka parti apabila apabila sepakat meluluskan inisatif untuk rakyat ketika dibentangkan di Dewan Rakyat.

“Ini saya kira adalah satu kenyataan yang perlu kita ambil iktibar — masa depan dan nasib kita dalam menghadapi cabaran dan impak Covid-19 ini bergantung kepada kesatuan hati kita, kesatuan kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dan kesatuan jiwa kita sebagai rakyat Malaysia.

“Jika kita tidak bekerjasama, jika kita berpecah-belah di musim serba mencabar ini, maka sukarlah Kerajaan untuk mencapai matlamat-matlamat kritikal yang menjamin kesejahteraan rakyat dan negara.

“Seikat lebih teguh dari sebatang, segemal lebih hasil dari setangkai,” ujarnya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.