nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tolak tindakan buta-tuli ahli politik

23 SEPT: Tan Sri Muhyiddin Yassin merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya menolak tindakan membuta tuli segelintir ahli politik yang sengaja mahu menjejaskan kestabilan politik dan pelan pemulihan ekonomi negara yang sedang dilaksanakan dengan baik pada masa ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mengajak seluruh warga Malaysia untuk bersama-sama beliau dan rakan-rakan dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk mengemudi negara dalam keadaan negara masih berhadapan dengan krisis ekonomi dan kesihatan pada masa ini.

Menurut beliau, pengumuman inisiatif khas KITA PRIHATIN hari ini merangkumi Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang menandakan Kerajaan PN mendengar rintihan sekalian rakyat dan cuba sedaya upaya untuk membantu rakyat menghadapi detik sukar ini.

“Apa yang perlu ialah sebuah kerajaan yang stabil dan teguh dengan sokongan dan dokongan saudara dan saudari sekalian. Ini penting supaya lebih banyak inisiatif untuk memulihkan ekonomi dan membantu rakyat jelata dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh kerajaan.

“Saya merayu saudara dan saudari sekalian supaya menolak tindakan membuta tuli segelintir ahli politik yang sengaja mahu menjejaskan kestabilan politik dan pelan pemulihan ekonomi negara yang sedang dilaksanakan dengan baik pada masa ini,” katanya dalam perutusan beliau berhubung Insiaf Khas Tambahan: KITA PRIHATIN hari ini.

Dalam tempoh dunia berdepan krisis akibat wabak COVID-19, Malaysia pada masa sama turut berdepan cabaran politik yang sehingga ke hari ini masih diperkatakan.

Terbaru pengumuman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan. Namun beliau tidak dapat menunjukkan sokongan tersebut seperti didakwanya.

Sementara itu, tambah Perdana Menteri, dengan izin Allah, beliau yakin negara boleh melakar masa depan yang lebih baik dari semalam.

“Saya yakin dan percaya kepada kekuatan semangat kita sebagai rakyat Malaysia. Marilah kita bersama-sama mendoakan kemakmuran negara kita dan kesejahteraan seluruh rakyat.

“Mudah-mudahan pakej KITA PRIHATIN ini akan dapat memberikan manfaat yang besar kepada saudara dan saudari sekalian,” jelasnya.

Kata Muhyiddin, dalam tempoh enam bulan yang lalu, negara dan rakyat telah mengharungi tempoh yang sukar tetapi Alhamdulillah, semuanya masih dapat bertahan.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat kekal istiqamah dalam mengamalkan penjagaan kendiri dan sentiasa
patuhi setiap SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk memastikan semua terlindung daripada wabak COVID-19.

“Ingatlah, setiap tindakan kita boleh menentukan bukan sahaja keselamatan diri kita, tetapi juga keselamatan orang-orang yang dekat dengan kita – anak-anak kita, ibu-bapa kita, saudara-mara kita, rakan-rakan kita dan masyarakat di sekeliling kita.

“Wabak Covid-19 dan kesannya ke atas kehidupan manusia tidak membezakan antara kaum, agama atau fahaman politik. Kita semua terkesan dengan wabak ini tanpa ada yang terkecuali. Justeru, marilah kita bersama-sama menangani wabak ini seperti sebuah keluarga. Cubit paha kiri, paha kanan pun terasa,” katanya.

Menurut Perdana Menteri, dalam hal ini negra tidak boleh mengharapkan bantuan dari luar kerana negara-negara lain juga sedang bergelut menyelesaikan masalah mereka sendiri.

“Kita hanya dapat bergantung kepada sesama kita dalam sebuah keluarga besar rakyat Malaysia. Semangat “kekitaan” inilah yang kita mahukan. Bak ungkapan yang sering diucapkan – “Kita Jaga Kita”,” jelasnya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.