nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Norma baharu umrah 3 jam sahaja

25 SEPT: Ibadah umrah yang bakal bermula pada 4 Oktober ini turut mengamalkan norma baharu di mana setiap jemaah diberi masa tiga jam untuk menunaikannya.

Memetik laporan Arab News, fasa pertama menyaksikan umrah bermula dan berakhir di kawasan khusus sekitar Makkah dan akan dilaksanakan melalui aplikasi I’tamarna.

Mengikut perancangan, penetapan kawasan khusus di sekitar Tanah Suci akan membenarkan 6,000 jemaah menunaikan umrah pada enam waktu berlainan setiap hari, dengan setiap kumpulan 1,000 jemaah diberikan masa tiga jam.

Pengusaha syarikat umrah, Ahmed Bajaiffer, memaklumkan bahawa kerajaan Arab Saudi telah memutuskan untuk membuka semula ibadat itu selepas digantung akibat pandemik COVID-19, ‘kerana percaya umat Islam tidak harus berhenti menunaikannya tetapi pada masa sama, mematuhi langkah pencegahan’.

Peringkat pertama berkenaan akan membenarkan rakyat tempatan serta ekspatriat yang tinggal di Arab Saudi untuk menunaikan umrah, sebelum kapasiti diperluaskan kepada jemaah dari luar negara pada peringkat seterusnya.

Menurut Bajaiffer, sebuah forum yang diadakan baru-baru ini, membincangkan pembukaan kapasiti hingga 30 peratus pada peringkat pertama itu.

“Penilaian akan dilakukan pihak berkuasa berkaitan sebelum kebenaran diberi untuk kapasiti ditingkatkan kepada 75 peratus pada fasa kedua, serta kapasiti penuh pada fasa ketiga bagi menerima kemasukan jemaah dari luar Arab Saudi,” katanya.

Wartawan dan penulis khas mengenai umrah serta haji, Ahmed Saleh Halabi, berkata keputusan membuka semula umrah menyaksikan keprihatinan pemimpin Arab Saudi untuk membantu umat Islam menunaikan ibadat itu dengan selamat, sejajar penekanan terhadap langkah mencegah jangkitan COVID-19.

“Pembukaan semula ibadat itu secara beransur-ansur boleh membantu mengurangkan krisis kewangan yang ditanggung syarikat dan institusi umrah,” katanya kepada Arab News.

Halabi turut memetik Menteri Haji dan Umrah sebagai berkata, ‘ada lebih 30 syarikat tempatan dan antarabangsa yang boleh mengendalikan perkhidmatan umrah untuk jemaah’.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.