nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Iktiraf LGBT, JAL tak guna ‘tuan’ dan ‘puan’

2 OKT: Syarikat penerbangan kebangsaan Jepun, Japan Airlines Co. Ltd. (JAL) telah menghentikan penggunaan panggilan “Tuan-tuan dan Puan-puan” dalam operasi mereka mulai semalam.

Media tempatan melaporkan bahawa bermula tarikh tersebut tiada lagi frasa ganti diri jantina ketika hebahan siar raya dalam bahasa Inggeris di pesawat JAL dan semua lapangan terbang di Jepun.

Keputusan pelik itu dibuat bagi mengelakkan isu pengasingan pelanggan dalam kalangan golongan minoriti seksual iaitu lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) yang ‘celaru’ identiti jantina mereka.

Ungkapan tersebut dibimbangi meminggirkan penumpang kelompok songsang itu selain didakwa sengaja diskriminasi hak asasi individu tidak jelas dikenali sama ada sebagai orang lelaki atau wanita.

Justeru, pihak JAL bakal memperkenalkan cara baharu untuk menangani penumpang jenis LGBT dengan mengubah ungkapan kebiasaan sejagat itu yang sudah lazim diguna pakai di seluruh dunia sejak sekian lama.

Berdasarkan manual syarikat, frasa “Tuan-tuan dan Puan-puan” digunakan semasa pengumuman sebelum masuk dan keluar pesawat, serta perkhidmatan layanan anak kapal ketika penerbangan.

Ini meliputi penerbangan antarabangsa dan domestik yang dinaiki oleh penumpang asing serta juga digunakan ketika staf darat mengumumkan waktu masuk di pintu perlepasan lapangan terbang.

Pengurusan JAL sebenarnya sudah lama memutuskan untuk pelaksanaan ‘deklarasi kepelbagaian jantina’ pada tahun 2014, dan sejak itu telah berusaha bagi mewujudkan persekitaran mesra LGBT.

Ia termasuk pelbagai kakitangan – tanpa mengira usia, kewarganegaraan, bangsa, agama, kecacatan, orientasi seksual, identiti jantina atau status lain – agar mereka dapat bekerja dengan penuh aktif.

Justeru, mulai 1 Oktober, semua pramugari dan pramugara ungkap “selamat pagi”, “selamat petang” atau “selamat malam” diikuti ayat “setiap orang” atau berkata, “perhatian, buat semua penumpang.”

Frasa yang serupa dalam bahasa Inggeris itu akan turut digunakan oleh para petugas bagi menyapa penumpang warganegara asing atau ketika membuat hebahan secara awam di terminal lapangan terbang.

Nippon Airways Co., yang menggunakan frasa sama untuk pengumuman pesawat syarikat penerbangan itu, menjelaskan bahawa ia sedia mempertimbangkan perubahan berdasarkan ulasan pelanggan dan faktor lain.

Setakat ini, ungkapan “Tuan-tuan dan Puan-puan” sudah dimansuhkan oleh operator tren bawah tanah di New York dan London kerana dianggap sebagai tidak merujuk kelompok orang bukan binari.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.