nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keadaan terkawal, sedang diurus dengan baik – PM

3 OKT: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keadaan penularan wabak COVID-19 ketika ini adalah terkawal dan sedang diuruskan dengan baik oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

Menurut Muhyiddin, beliau memahami kebimbangan rakyat susulan peningkatan kes kebelakangan ini namun kebanyakannya adalah dalam kalangan tahanan di dalam penjara, kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) dan dari kluster-kluster yang telah pun dikenal pasti dan terkawal.

Katanya, kesemua kawasan ini dipantau setiap masa dan aktiviti pengesanan kes serta kontak rapat dijalankan secara aktif bagi memastikan kes-kes positif dapat dikesan dan diasingkan.

“Hal ini menyebabkan lebih banyak kes positif COVID-19 dapat dikesan dan menyumbang kepada statistik harian di dalam negara.

“Saya amat berharap perkara ini dapat difahami dan saya ingin tekankan di sini bahawa keadaan adalah terkawal dan sedang diuruskan dengan baik oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau hari ini.

Perdana Menteri pagi ini telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung pengurusan wabak COVID-19.

Dalam pada itu, Muhyiddin memberikan jaminan dan komitmen kerajaan untuk terus mengawal dan menguruskan penularan jangkitan virus ini sebaik mungkin.

Katanya, mesyuarat MKN pagi ini juga melaporkan bahawa bilangan kes harian COVID-19 di dalam negara semalam merekodkan 287 kes baharu.

“Daripada jumlah itu, 128 kes dilaporkan di Kedah melibatkan kakitangan dan tahanan di Penjara Alor Setar. Selebihnya pula dilaporkan di Sabah dan beberapa negeri lain di Semenanjung.

“Pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan jumlah kes jangkitan COVID-19 dari Sabah sehingga 2 Oktober 2020 ialah 139 orang iaitu 1.18% daripada jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di dalam Negara.

“Situasi pada masa ini adalah terkawal dan masih dapat dibendung hasil kerjasama pelbagai agensi dan aktiviti pemantauan kesihatan awam yang berterusan oleh KKM,” jelasnya.

Tambah beliau, mesyuarat pada hari ini juga dimaklumkan kes penularan COVID19 di negeri Sabah didapati berpunca daripada kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari negara jiran.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan telah membuat keputusan semua PATI yang ditahan disaring dan ditempatkan di Pusat-Pusat Tahanan dan Kuarantin Sementara (PTS) yang disediakan.

“Pada masa ini, PTS di Sabah telah melebihi kapasiti. Sehubungan itu, kerajaan akan membuka lebih banyak PTS baharu bagi menempatkan PATI yang ditahan sebelum proses pengusiran dilaksanakan. Dalam pada itu, petugas KKM juga telah ditambah untuk menjalankan proses saringan ke atas PATI yang ditahan.

“Anggota keselamatan negara juga akan ditambah untuk mengawal sempadan negara bagi mengekang kemasukan PATI khususnya di negeri Sabah. Aset-aset akan diatur gerak untuk menghalang cubaan membolosi sempadan negara,” ujarnya.

Perdana Menteri juga pada masa sama memberi jaminan bahawa tahap kesiapsiagaan negara adalah pada tahap yang tertinggi dan mampu menghadapi penularan jangkitan COVID-19 seperti yang telah dilalui sebelum ini.

“Kita mempunyai 40 buah hospital dan 34 Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah untuk merawat kes positif COVID-19 dengan kapasiti 5,674 buah katil. Kadar penggunaan katil di hospital-hospital COVID-19 pada masa ini ialah 24 peratus sahaja.

“Selain itu, fasiliti kesihatan juga kini mempunyai 437 buah katil ICU dan 1,505 alat bantu pernafasan (ventilator).

“Saya ingin menyeru rakyat supaya bertenang dalam menghadapi situasi penularan COVID 19 pada masa ini. Saya percaya pasukan barisan hadapan negara kita khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia dan pasukan keselamatan mempunyai kapasiti dan kepakaran untuk menangani situasi ini dengan baik,” katanya.

Justeru, Perdana Menteri mengajak semua rakyat bersama-sama membudayakan norma baharu dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.