nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Aktif semula pusat kuarantin jika kes meningkat

4 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia mengaktifkan semula 36 pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 dengan kapasiti lebih 3,400 katil di seluruh negara jika kadar kes aktif wabak berkenaan terus meningkat pada masa depan.

Antara pusat kuarantin berkenaan termasuk di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) seluruh negara dan Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) yang membabitkan pesakit di Lembah Klang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata KKM tidak akan teragak-agak berbuat demikian jika trend penularan kes COVID-19 terus meningkat di Malaysia dalam masa terdekat.

ADHAM BABA
DR ADHAM BABA

“Sekiranya ada pertambahan kes aktif yang drastik, kementerian akan berbincang dengan ILKKM seluruh negara untuk membuka semula pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 bagi menempatkan pesakit berisiko rendah.

“Sebanyak 36 ILKKM bersedia diaktifkan dan beroperasi bagi menempatkan pesakit COVID-19. Kalau kes aktif terus bertambah, kita akan terus aktifkan pusat yang lain di seluruh negara kerana persediaan sudah dibuat berikutan pengalaman kita pada gelombang pertama dan kedua,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan sesi Town Hall Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti Bagi Mencegah Penularan COVID-19 di Desaru, Johor, hari ini.

Mengulas lanjut Dr Adham berkata, semua hospital kerajaan seluruh negara juga bersedia menerima pesakit jika berlaku pertambahan kes aktif COVID-19 dalam kalangan masyarakat di negara ini nanti.

“Kita ada 118 hospital di seluruh negara dengan 40 daripadanya dijadikan hospital COVID-19. Baki hospital berkenaan akan turut dijadikan pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 jika angka kes aktif mencatatkan lonjakan luar biasa, ” katanya.

Sebelum ini media melaporkan penularan COVID-19 melonjak 317 kes semalam, jangkitan tertinggi pernah direkodkan sejak wabak itu mula dikesan di negara ini pada awal Februari lalu.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan penularan wabak berkenaan dalam negara sebanyak 12,088 kes dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 1,735 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua 317 kes baharu dilaporkan itu membabitkan penularan tempatan dan tiada kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Beliau berkata, daripada 317 kes penularan di dalam negara, 303 kes dikesan dalam kalangan warganegara dan 14 kes bukan warganegara.

Katanya, sebanyak 37 kes adalah pengunjung yang pulang dari Sabah dan ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September sebanyak 176 kes.

Penularan tertinggi direkodkan di Sabah dengan 155 kes diikuti Kedah (102 kes) dan Selangor (32 kes). Kes penularan COVID-19 di negeri lain membabitkan Terengganu (9 kes), Kuala Lumpur (4 kes), Johor (4 kes), Sarawak (3 kes), Pulau Pinang (3 kes), Kelantan (2 kes), Putrajaya (2 kes) dan Negeri Sembilan (1 kes).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.