nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lelaki gelang merah jambu ditahan langgar kuarantin

4 OKT: Seorang lelaki yang memakai ‘gelang merah jambu’ ditahan selepas disyaki melanggar syarat kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) COVID-19 apabila makan di sebuah restoran di Bandar Tasik Puteri, Rawang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Arifai Tarawe berkata, lelaki berusia 52 tahun itu ditahan di hadapan restoran itu kira-kira pukul 7.30 malam setelah menerima aduan daripada orang awam.

“Semakan mendapati lelaki berkenaan diarahkan menjalani kuarantin di rumah bermula semalam hingga 16 Oktober depan selepas ujian saringan COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 dan keputusan (ujian saringan) masih belum diterima,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu akan direman esok bagi membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu sebarang perbuatan yang dilakukan menyebabkan merebaknya penyakit yang membahayakan kepada nyawa.

Selain itu, katanya siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 11 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 8) 2020.

“Orang ramai dinasihatkan agar mematuhi perintah menjalani kuarantin yang telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan bagi memastikan keselamatan mereka, keluarga serta orang lain. Perbuatan ini juga boleh menggusarkan masyarakat sekitar, “ katanya.

Terdahulu, tular di media sosial gambar menunjukkan sepasukan anggota polis menjalankan pemeriksaan ke atas seorang lelaki di hadapan sebuah restoran di Bandar Tasik Puteri.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.