nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kadar pencemaran Sg Batang Benar cecah 18 TON

5 OKT: Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi hanya boleh beroperasi semula selepas masalah pencemaran di sepanjang aliran sungai berkenaan dapat diatasi sepenuhnya oleh pihak berkaitan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Suhaimi Kamaralzaman berkata, ketika ini, bacaan kadar pencemaran di kawasan disyaki punca pencemaran iaitu di Sungai Batang Benar adalah 18 TON, manakala di muka sauk LRA Sungai Semenyih ialah 7 TON dan di muka sauk LRA Bukit Tampoi pula 8 TON.

Menurut beliau, berikutan henti tugas di LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi itu, Air Selangor tidak dapat menyalurkan 602 juta liter air kepada 309,687 akaun pelanggan membabitkan 274 kawasan di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Putrajaya, Sepang dan Kuala Langat.

SUHAIMI KAMARALZAMAN
SUHAIMI KAMARALZAMAN

Suhaimi berkata, Air Selangor memandang serius insiden pencemaran air sungai yang berlaku kerana ia menyebabkan henti tugas tidak berjadual di dua LRA terbabit dan menganggu kehidupan harian pelanggan.

“Justeru, Air Selangor akan menggerakkan 64 lori tangki bermula hari ini ke premis kritikal, sekolah dan kawasan perumahan terjejas.

“Kita juga akan menempatkan 14 tangki statik dan tujuh stesen pengisian setempat, sembilan pusat khidmat pengisian setempat (PKS) dan 10 pili awam bagi membantu memudahkan pengguna terjejas mendapatkan bekalan air bersih,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, mengesahkan operasi LRA Semenyih Fasa 2, masih membekalkan air ke Bandar Baru Bangi dan kawasan sekitar masih diteruskan seperti biasa.

Beliau berkata, LRA Semenyih Fasa 2 berkapasiti 100 juta liter sehari (MLD) itu mendapat bekalan dari Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) berpunca dari Sungai Langat.

“Penutupan LRA Semenyih hanya membabitkan fasa satu saja berkapasiti 650 MLD yang mendapat sumber air mentah dari Sungai Semenyih manakala operasi bagi fasa dua diteruskan seperti biasa.

“Sehingga kini TAPS sudah dibina di LRA Semenyih fasa dua dan ia terus beroperasi membekalkan ke Bandar Baru Bangi dan sekitarnya manakala bagi LRA Semenyih fasa satu kerajaan merancang untuk membina TAPS sejak 2017,” katanya melalui Facebook, hari ini.

Semalam, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sepenuhnya susulan insiden pencemaran air mentah di Sungai Semenyih yang menjadi sumber air mentah ke dua loji berkenaan.

Henti tugas loji itu menyebabkan 274 kawasan terjejas dengan 309,687 akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual membabitkan empat wilayah iaitu Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

Zaini berkata, bagi Putrajaya pula, ia mempunyai tangki air yang besar atau reservoir kira-kira 110 juta liter (ML) yang boleh bertahan selama beberapa hari bergantung kepada kadar penggunaan. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.