30 APR : Amerika Syarikat (AS) sudah membelanjakan sehingga AS$25 bilion (RM117.5 bilion) untuk membiayai perang dengan Iran sejak 28 Februari lalu.
Pemangku Ketua Akauntan Pentagon, Jules Hurst berkata kebanyakan kos itu dibelanjakan untuk peluru.
“Kami membelanjakan kira-kira AS$25 bilion untuk Operasi Epic Fury. Kebanyakannya adalah untuk peluru,” katanya.
Namun Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth memaklumkan Kongres anggaran berkenaan kurang daripada AS$25 bilion itu.
AS dan Israel melancarkan serangan udara besar-besaran terhadap tentera dan kepimpinan Iran sejak 28 Februari lalu yang masih berlarutan.
Meski kini dalam tempoh gencatan senjata dua minggu namun kesan konflik di Asia Barat itu terhadap ekonomi semakin meruncing.