nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rekod, 432 kes COVID-19 hari ini

5 OKT: Kes baru COVID-19 mencatatkan rekod tertinggi hari ini apabila sebanyak 432 penularan virus itu dikesan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, Kedah mencatatkan angka tertinggi dengan 241 jangkitan baru diikuti Sabah dengan 130 kes.

Selain dua negeri berkenaan, Selangor turut melaporkan dua angka kes baru dengan sebanyak sebanyak 34 kes diikuti Kuala Lumpur (tujuh) dan Terengganu (lima) dan Labuan, empat.

Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, hanya Perlis dan Pulau Pinang tidak melaporkan sebarang kes baru dengan lain-lain negeri melaporkan sekurang-skurangnya satu kes baru.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, tiga adalah kes import manakala 429 adalah penularan tempatan.

Katanya, dengan pertambahan kes hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di negara ini mencecah 12,813 kes.

Menurut beliau, ketika ini sebanyak 32 individu yang disahkan positif menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lapan memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Adalah dimaklumkan hari ini tiada kes kematian baru dilaporkan dan jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 kekal 137 kes.

“Hari ini juga terdapat 57 kes sembuh dan ini menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 mencecah 2,336 kes,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau hari ini.

Menurut beliau, daripada 429 penularan tempatan, 20 kes adalah dikesan dalam kalangan bukan warganegara.

Katanya, sebanyak 224 daripada jumlah itu adalah merupakan kes yang dikesan daripada Kluster Tembok iaitu penjara di Kedah.

“Sebanyak 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Sintok yang kesemuanya melibatkan warganegara;

“Tiga lagi kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jeram yang melibatkan warganegara diikuti masing-masing satu kes daripada beberapa kluster terdahulu termasuk satu kes saringan bergejala,” katanya.

Tambah beliau, 29 kes yang dilaporkan hari ini turut melibatkan dalam kalangan mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan berisiko tinggi di Sabah dengan 17 daripadanya dikesan di Selangor.

Katanya, KKM juga melaporkan tiga lagi kluster baru dengan dua di Kedah iaitu Kluster Bah Sintok dan Kluster Jeram manakala satu lagi di Terengganu iaitu iaitu Kluster Bah Tanjung.

“Kluster Bah Sintok Kluster dikenal pasti di Kubang Pasu, Kedah. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-12072) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 23 tahun yang baru pulang dari Sabah pada 20 September 2020.

“Kes mempunyai gejala demam, selesema dan sakit kepala sejak 22 September 2020. Saringan COVID-19 dikesan positif pada 2 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan 11 lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti. Kesemua kes yang dikesan positif merupakan warganegara Malaysia dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah,” ujarnya.

Kata Noor Hisham, kluster Jeram pula dikenal pasti di Kubang Pasu, Kedah yang mana kes indeks kluster ini adalah seorang pesakit perempuan warganegara Malaysia berumur 31 tahun.

Katanya, kes bergejala batuk dan sakit kepala sejak 25 September 2020 dan telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tunjang pada 28 September 2020 di mana saringan COVID-19 dijalankan.

“Kes dikesan positif pada 29 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan tiga (3) lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti. Ketiga-tiga kes positif ini melibatkan petugas kesihatan. Mereka juga telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah untuk rawatan.

“Proses pembersihan dan nyah kuman di fasiliti kesihatan yang berkaitan telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu, Kedah. Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, tambah Noor Hisham, Kluster Bah Tanjung dikenal pasti di Kuala Nerus, Terengganu dengan kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11477) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 46 tahun.

Katanya, kes mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah dari 10 sehingga 27 September 2020 dan kemudian bergejala sakit tekak dan demam sejak 28 September 2020.

“Kes dikesan positif COVID-19 pada 30 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan enam (6) lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti.

“Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka juga telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang untuk rawatan,” jelasnya. – Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.