nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPB di Sandakan, Papar, Tuaran, Klang

7 OKT: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di empat lokasi iaitu Sandakan, Papar, Tuaran dan Klang mulai 9 Oktober ini ekoran peningkatan jangkitan COVID-19 yang ketika ini melebihi 40 kes positif.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPB itu adalah bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam daerah-daerah tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

Beliau menegaskan, pergerakan keluar masuk ke empat kawasan PKPB ini adalah tidak dibenarkan.

Ismail Sabri Yaakob

“Hanya perkhidmatan perlu termasuk kilang-kilang dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu adalah dibenarkan.

“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) akan menyenaraikan jenis perkhidmatan perlu yang terlibat di kawasan tersebut,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung dalam Facebook, hari ini.

Ismail Sabri memberitahu, antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan adalah:

  • Hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan untuk keluar bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan/keperluan rumah.
  • Perniagaan Bukan Perkhidmatan Perlu (Non Essential Service) hendaklah ditutup.
  • Restoran, kedai makan, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang.
  • Pembelian makanan hanya menggunakan kaedah pandu lalu, penghantaran (delivery) dan take-away sahaja.
  • Waktu operasi stesen minyak antara 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.
  • Operasi pasar harian adalah antara hingga 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.
  • Operasi pasar malam, tamu, pasar borong, dan pasar tani adalah tidak dibenarkan.
  • Waktu operasi klinik dan hospital kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.
  • Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.
  • Kenderaan yang membawa barangan keperluan (essential) dibenarkan keluar masuk dengan mendapatkan kebenaran PDRM terlebih dahulu.
  • Perkhidmatan teksi/e-hailing (maksimum 2 penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja.
  • Perkhidmatan bas ekspres dan bas henti-henti tidak dibenarkan beroperasi.
  • Bagi kes kecemasan adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak berkuasa.
  • Penduduk yang bekerja tidak dibenarkan keluar dari kawasan dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPB.
  • Majikan hendaklah mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja bercuti atau bekerja dari rumah.
  • Kebenaran untuk bekerja hanya bagi Perkhidmatan Perlu (essential service) dengan kelulusan PDRM.
  • Masjid, Surau, rumah ibadat bukan Islam, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran, Sekolah, Tadika, Taska, Pusat Tahfiz, Pusat Jagaan Kanak – Kanak adalah ditutup.
  • Semua Aktiviti Sukan, Rekreasi, sosial, dan budaya adalah tidak dibenarkan.

Beliau menambah, bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), pihak berkuasa tempatan dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terlibat.

“Semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari Kementerian Kesihatan serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa,” jelasnya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan telah meminta Jabatan Penjara membentangkan SOP baharu berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19 di penjara.

“Ia termasuk SOP bagi membawa tahanan ke mahkamah untuk dituduh dan SOP pemindahan tahanan ke penjara yang lain,” katanya.

Beliau turut mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di Rumah Pangsa Tongkang Yard (Seberang Perak) mulai jam 12.01 tengah malam ini kerana tiada tambahan kes positif baharu COVID-19 direkodkan sejak tujuh hari lalu.

“Sebanyak 249 sampel kedua telah diambil dan bilangan kes positif COVID-19 kekal 12 kes seperti yang direkodkan pada 28 September 2020 yang lalu,” katanya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.