nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tangguh usul kosong kerusi ADUN lompat parti

9 OKT: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang bermula Isnin ini tidak akan membincangkan usul khas bagi mengisytiharkan bahawa kerusi wakil rakyat yang melanggar undang-undang anti lompat parti sebagai kosong.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, usul tersebut tidak akan diteruskan dalam sesi yang terdekat itu berikutan situasi semasa COVID-19.

Menurut beliau, kerajaan negeri Pulau Pinang turut mengambil kira kesan buruk yang dilihat berlaku selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang memberi impak kepada peningkatan kes COVID-19.

CHOW KON YEOW
CHOW KON YEOW

“Setelah banyak pertimbangan dibuat dalam masa yang mencabar ini, kerajaan negeri melihat bahawa kesihatan dan keselamatan awam rakyat mesti didahulukan.

“Sehubungan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mesyuarat semalam telah memutuskan bahawa kita tidak akan meneruskan pembentangan usul ini pada persidangan yang akan datang,” katanya dalam sidang akhbar di Georgetown, semalam.

Sebelum ini, Kon Yeow telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang akan membentangkan usul agar wakil rakyat mengosongkan kerusi mereka selepas melanggar undang-undang anti lompat parti negeri itu selaras dengan Seksyen 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

Pembentangan usul itu adalah inisiatif kerajaan negeri Pulau Pinang berdasarkan prinsip demokrasi bagi membolehkan Ahli Dewang Undangan Negeri (ADUN) terbabit berdebat sebelum sebarang keputusan dicapai.

Empat ADUN yang mengumumkan bahawa mereka telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pakatan Harapan ialah Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifli Md Lazim (Teluk Bahang), kedua-duanya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), yang keahlian mereka digantung PKR.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.