nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Debat kedua Presiden AS dibatalkan

10 OKT: Program Debat Presiden siri kedua antara Donald Trump dan pencabarnya, Joe Biden yang dijadualkan pada 15 Oktober ini dibatalkan.

Ia selepas presiden Amerika Syarikat (AS) itu tidak mahu menyertai acara berkenaan yang mahu diadakan secara maya.

“Setiap (calon) sudah mengumumkan rancangan lain untuk tarikh berkenaan,” kata Suruhanjaya Debat Presiden dalam satu kenyataan.

Langkah berkenaan menjadikan hanya ada satu lagi siri debat yang sudah dijadualkan iaitu pada 22 Oktober di Nashville, Tennessee – sebelum pengundian pada 3 November.

Acara debat berkenaan sudah menjadi tradisi pada setiap pilihan raya presiden sejak 1976, dengan tiga siri program itu berlangsung pada penghujung kempen, sejak 2000.

Suruhanjaya itu sebelum ini mengumumkan untuk menukar debat pada 15 Oktober kepada acara maya selepas Trump disahkan positif Covid-19.

Tetapi, presiden yang tidak sabar untuk kembali berkempen, enggan menyertainya kerana mahu berbahas secara bersemuka.

Biden pula sudah menyatakan hasrat bahawa beliau tidak mahu berbahas secara bersemuka, jika Trump masih belum bebas daripada virus berkenaan.

Selain itu, beliau menyifatkan tindakan Trump yang tidak mahu menyesuaikan diri dengan debat maya sebagai ‘memalukan’.

Dalam pada itu, Trump dilaporkan merancang untuk mengadakan majlis pertama di Rumah Putih, sejak beliau didiagnos dengan Covid-19.

Semua tetamu majlis berkenaan dimaklumkan supaya memakai pelitup muka dan mengemukakan keputusan ujian saringan pada pagi Sabtu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.