nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kes aktif COVID-19 lepasi angka 5,000

12 OKT: Sebanyak 563 kes baru COVID-19 dan enam lagi kluster dilaporkan hari ini dengan Pulau Pinang mencatatkan lonjakan penularan baru melibatkan 141 kes baru.

Walau bagaimanapun, kesemua kes adalah daripada Kluster Penjara Reman Pulau Pinang yang terasing daripada masyarakat.

Ketika ini juga, jumlah mereka yang dirawat di hospital di seluruh negara akibat COVID-19 sudah melepasi 5,000 kes apabila kes aktif yang dilaporkan berjumlah 5,039 kes.

Hari ini turut menyaksikan kes kematian bertambah kepada 159 orang apabila dua lagi kematian dilaporkan manakala individu positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga bertambah kepada 98 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keseluruhannya Sabah masih mencatatkan kes tertinggi dengan 291 kes.

Katanya, ketiga tertinggi ialah Lembah Kelang dengan 99 kes iaitu 69 di Selangor, 28 di Kuala Lumpur dan dua di Putrajaya.

Ujar beliau, turut melaporkan kes hari ini ialah Negeri Sembilan dengan 12 kes, Kedah (10), Perak (empat), Johor (dua), Labuan (dua) dan Melaka serta Sarawak yang masing-masing mencatatkan satu kes.

“Sebanyak 10 kes dilapor hari ini melibatkan mereka yang pulang dari Sabah dan ini menjadikan keseluruhan kes melibatkan individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke negeri itu adalah sebanyak 363 kes.

“Hari ini juga menyaksikan hanya satu kes import iaitu penularan dari India.

“Sebanyak 109 kes sembuh dilaporkan hari ini dan dengan perkembangan ini, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini berjumlah 5,039,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Kata Noor Hisham, sebanyak enam kluster baharu dilaporkan hari ini dengan Kuala Lumpur melaporkan dua kluster baru dan masing-masing satu kluster di Putrajaya, Selangor, Johor dan Sabah.

Jelasnya, kluster pertama di Kuala Lumpur ialah Kluster Baiduri dan kedua ialah Bah Perdana manakala di Putrajaya ialah Bah Kasturi.

“Di Sabah pula Kluster Kolong di Keningau manakala di Selangor ialah Bah Tropicana di daerah Petaling dan Johor ialah Kluster Rinting melibatkan daerah Johor Bahru dan Melaka Tengah.

“Dua kes kematian yang dilaporkan hari ini pula melibatkan seorang wanita berusia 85 tahun yang meninggal dunia di Hospital Tawau manakala kes ke-159 ialah wanita berusia 48 tahun yang meninggal dunia di Hospital Tuaran.

“KKM mengucapkan takziah kepada kepada ahli keluarga yang terlibat,” katanya.

Katanya, jumlah kes yang kekal tinggi di Sabah adalah hasil aktiviti pengesanan berterusan di lapangan dan kawasan terlibat.

“Bagi menangani peningkatan ini, KKM dengan kerjasama agensi lain telah menambah kapasiti katil untuk pesakit COVID-19 di hospital setempat iaitu sebanyak 978 katil dan 4,010 katul pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah.

“Kedua membina hospital medan bersama ATM dan menambah jumlah jumlah ventilator dan pakar bius,” jelasnya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.