nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Celik AI, kemahiran membaca masih jadi cabaran anak istimewa

17 SEPT : “Budak-budak sekarang bijak, mereka pandai guna AI dan ChatGPT, tapi bila suruh membaca masih terkontang-kanting.”

Demikian luahan jujur petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Nurshahirah Merlimau, Alimah Ahmad tentang realiti cabaran melatih anak-anak syurga dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU), ketika ini.

Alimah berkata, kepantasan anak-anak mengikut arus teknologi agak mengagumkan namun aspek penguasaan kemahiran asas menjadi ‘kekangan terbesar’ yang membataskan potensi sebenar mereka untuk berdikari.

“Zaman sekarang, anak-anak istimewa ni memang bijak celik teknologi IT, mereka ikut perkembangan zaman dan ‘pro’ juga. Tapi, bila masuk bab membaca, mereka terasing dan terlepas kemahiran asas tersebut.

“Sebab itu kami amat berharap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tekankan semula pembacaan dan pengiraan di peringkat sekolah, jadi bila mereka melangkah ke PDK, mereka sudah ada asas kukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Warga Emas, Orang Kurang Upaya & Kanak-kanak Peringkat Negeri Melaka 2026 di Majid Tanah, hari ini.

Alimah turut berharap masyarakat lebih memahami keperluan golongan OKU serta meningkatkan kemahiran bahasa isyarat bagi merapatkan jurang komunikasi.

“Kadang-kadang fizikal mereka kelihatan seperti orang biasa tetapi tahap pemikiran serta penerimaan mereka tidak setara dengan individu normal. Kalau orang luar faham dan peka, sangatlah membantu dari segi penerimaan dan sokongan sosial.

“Selain itu, kami juga berharap latihan asas bahasa isyarat dapat diperluaskan kepada semua pendidik dan orang awam supaya jurang komunikasi antara dua golongan berbeza ni dapat dirapatkan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.