nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

629 kes baru dan 6 kematian akibat COVID-19

16 OKT: Sebanyak 629 kes baru COVID-19 dilaporkan hari ini termasuk enam kematian akibat virus berkenaan iaitu lima di Sabah dan satu di Kuala Lumpur.

Daripada jumlah kes baru itu, Sabah terus mencatatkan penularan tertinggi dengan 489 kes diikuti Selangor (50), Pulau Pinang (33), Labuan (19), Kuala Lumpur (10) Perak, (9) dan Kedah (7).

Berikutan pertambahan statistik baru hari ini, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia telah melepasi angka 6,000 orang manakala jumlah keseluruhan kes COVID-19 pula berjumlah 18,758 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 629 kes baharu, terdapat dua kes import melibatkan jangkitan dari New Zealand dan Singapura.

Katanya, pertambahan enam kematian hari ini pula telah menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 sebanyak 176 kes.

“Jumlah individu disahkan positif COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kini berjumlah 99 kes dengan 31 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Hari ini juga melaporkan 245 kes sembuh dan ini menjadikan keseluruhan kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 6,323 kes,” katanya dalam sidang akhbar yang disiarkan menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, tiga lagi kluster dilaporkan iaitu dua di Perak dan Putrajaya (Buntar dan Lekir) dan satu di Selangor, iaitu Kluster Merbok.

Mengenai kes baru di Sabah, beliau berkata, 260 kes dikesan daripada saringan kontak rapat manakala 71 dari kluster-kluster sedia ada dan 158 lagi dari lain-lain saringan.

“Daripada 50 kes baru di Selangor pula, 25 penularan adalah hasil saringan kontak rapat, lapan dari kluster Merbok, enam dari kluster-kluster sedia ada, enam dari saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi dan lima kes dari lain-lain saringan.

“Di Kuala Lumpur, tiga kes baru yang dikesan adalah hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi, satu saringan kontak rapat, empat dari lain-lain saringan dan dua kes import.

“Putrajaya pula melaporkan dua kes baru hari ini melibatkan kluster Selasih dan kluster Buntar,” katanya..

Katanya, kluster Utama yang melaporkan kes tiga angka semalam mencatatkan dua lagi kes baru iaitu di Melaka. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.