nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ahli politik muhasabah diri, tunjuk kematangan – Agong

16 OKT: Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah menasihatkan ahli-ahli politik agar bermuhasabah diri supaya negara tidak sekali lagi diheret ke kancah politik yang tidak menentu ketika berhadapan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat ancaman wabak COVID-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka menitahkan mereka untuk mempamerkan kematangan dalam berpolitik dan memahami serta menjiwai keluh kesah rakyat dan tidak mengabaikan kesejahteraan rakyat.

Menurut beliau, nasihat Seri Paduka itu adalah seperti titah baginda kepada Ahli-ahli Parlimen seperti mana titah baginda ketika Istiadat Perasmian Pembukaan Penggal Ketiga
Parlimen Ke-14 pada Mei lalu.

“Seri Paduka menegaskan ahli-ahli politik seharusnya tidak mengakhiri perbezaan pendapat dengan permusuhan.

“Tetapi sebaliknya menyelesaikan permasalahan melalui perundingan dan proses-proses perundangan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan Istana Negara, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Fadil memberitahu, Al-Sultan Abdullah turut menitahkan agar kesemua masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa selamat agar penularan wabak COVID-19 dapat dibanteras dengan berkesan dan segera.

“Lantaran itu, Seri Paduka menasihati seluruh rakyat untuk terus memainkan peranan masing-masing dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard serta tatacara amalan kebiasaan baharu dalam membantu pihak-pihak berkuasa memerangi penularan COVID-19 demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara.

“Mengambil keberkatan sempena hari Jumaat yang mulia ini, Al-Sultan Abdullah turut menyeru seluruh rakyat untuk berdoa semoga negara yang kita cintai bersama ini dikurniakan keamanan dan ketenangan. Agar kemakmuran dan kesejahteraan negara serta rakyat sentiasa terjamin,” katanya.

Titah Seri Paduka itu adalah berikutan penguatkuasaaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sabah sehingga 26 Oktober ini dan Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya sehingga 27 Oktober serta kewujudan beberapa kluster baharu di Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Labuan. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.