nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

DAP tuntut minit mesyuarat pengampunan Najib didedah

1 NOV : DAP menggesa agar minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung keputusan pengurangan hukuman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didedahkan kepada umum.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke memaklumkan pihaknya sudah mengemukakan perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun katanya,  ia perlu mengikut prosedur undang-undang dan diserahkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Dusuki Mokhtar.

“Memang kita sudah menyatakan hasrat ini kepada Perdana Menteri, tetapi perlu ada prosedur untuk menyahklasifikasi minit berkenaan. Jadi sama ada bila didedahkan dan sebagainya, itu terpulang kepada pihak Peguam Negara.

“Itu memang pendirian kita. Kita harap keputusan atau minit itu dapat diumumkan, tetapi ia tertakluk kepada pendirian Peguam Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, beberapa pihak dalam DAP termasuk sayap Wanita mendesak agar minit mesyuarat Lembaga Pengampunan itu didedahkan kepada umum.

Desakan tersebut timbul susulan keputusan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan ke-64 pada 18 September lalu di mana, Sultan Ibrahim memperkenan pengampunan bersyarat terhadap Najib.

Ia membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara enam tahun bagi kes SRC International menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

Namun, setakat ini bayaran denda itu masih belum dilunaskan dan Dusuki menegaskan Najib kekal dipenjara selagi masih belum menjelaskan denda itu.

Sebelum ini, Najib menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas sabitan dalam kes SRC International dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

UMNO kemudiannya melancarkan tabung solidariti bagi membantu Najib melunaskan denda RM50 juta itu.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan Najib tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar jumlah berkenaan.

Shafee juga dilapor mengesahkan sudah menerima perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim termasuk lampiran yang memperincikan syarat dan mekanisme pelaksanaan hukuman itu dan ia akan dijalani di kediaman bekas pemimpin tersebut di Langgak Duta bersama keluarga.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.