nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Taman Negara Pahang dibuka semula

23 OKT: Taman Negara Kuala Tahan, Pahang dan Sungai Relau, Merapoh, Lipis dibuka semula untuk pelawat menyertai aktiviti rekreasi dan riadah di kawasan hutan tropika itu mulai hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menerusi notis yang dimuat naik di Facebok rasminya, malam tadi.

“Pembukaan semula kawasan ekopelancongan di bawah seliaan Jabatan Perhilitan bermula 23 Oktober 2020 kepada pelawat.

“Senarai lokasi yang akan dibuka adalah Taman Negara Pahang, Kuala Tahan dan Taman Negara Pahang, Sungai Relau,” kata jabatan itu.

Melalui notis tersebut, pengunjung turut diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti yang diarahkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Para pelawat juga harus mengamalkan dan membiasakan diri dengan normal baharu bagi membendung penularan wabak koronavirus (COVID-19) ,” katanya.

“Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Penguasa Taman Negara Pahang, Kuala Tahan di talian 09-2661122 atau boleh menghubungi Talian Hotline Jabatan Perhilitan di 1800-88-5151,” kata jabatan itu lagi.

Arahan penutupan sementara Taman Negara Kuala Tahan oleh Perhilitan pada 6 Oktober 2020 lalu adalah kali kedua selepas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu berikutan penularan pandemik COVID-19 serta penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah oleh MKN.

Berikutan itu lebih 300 pengusaha ekopelancongan di situ terputus punca pendapatan dan meminta kerajaan membuka semula taman berkenaan.

Semalam, kerajaan negeri Pahang juga meminta kerajaan Persekutuan khususnya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) supaya membuka semula operasi Taman Negara di kedua-dua laluan masuk iaitu Kuala Tahan dan Merapoh dengan segera.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penutupan pusat pelancongan terkemuka itu baru-baru ini akibat penularan gelombang ketiga pandemik COVID-19 adalah tidak diperlukan.

Akibat arahan penutupan tersebut, pihaknya menerima rungutan daripada pengusaha-pengusaha aktiviti ekopelancongan di Taman Negara tentang kehilangan punca pendapatan mereka. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.