nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bekas Setpol Mat Sabu dituduh rasuah sekali lagi

23 OKT: Bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Pertahanan didakwa sekali lagi atas dua pertuduhan rasuah RM130,000, tahun lalu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Mohd. Azhar Che Mat Dali, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad.

Bagi pertuduhan pertama, bapa kepada tujuh anak itu didakwa menerima suapan RM50,000 melalui Pengarah Syarikat Aqsa Solutions Sdn. Bhd., Ahmad Hisham Mohd. Tajuddin untuk upah sebagai penjawat awam kepada Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Suapan itu dipercayai sebagai dorongan membantu Syarikat FEHM Entity Sdn. Bhd. dipilih menjadi rakan strategik dan kontraktor senggaran bagi peralatan perisikan sistem prisma Direktorat Peperangan Informasi (DPI) Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) Kementerian Pertahanan.

Kesalahan itu dilakukan di dalam kereta Proton rasmi berwarna kelabu miliknya di Lorong VIP, Lapangan Terbang Kuala Lumpur 1 (KLIA 1) pada Ogos tahun lalu.

Tertuduh yang kini merupakan penganggur itu juga didakwa menerima suapan RM80,000 dari Pengarah Urusan Syarikat FEHM Entity Sdn. Bhd., Elias Jemadi Tajudin melalui Zainudin Abdul Majid, Pengarah Syarikat Ikaira Resources bagi tujuan yang sama.

Perbuatan itu dilakukan di Kota Damansara Driving Range, Jalan PJU 5/1a, Kota Damansara pada penghujung 2019.

Sehubungan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mahadi Abdul Jumaat menawarkan ikat jamin RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin selain dikenakan syarat tambahan melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM Putrajaya dan dilarang berhubung dan mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Peguam Ariff Azami Hussein mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan RM10,000 susulan anak guamnya perlu menanggung isteri dan dua anak yang masih bersekolah serta ibu mentua yang tinggal bersamanya.

“Anak guam saya juga tidak bekerja sejak penghujung Februari lalu,” katanya.

Mahkamah menegaskan jaminan RM15,000 bersama seorang penjamin dan membenarkan syarat tambahan pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan 27 November depan.

Para 15 Oktober lalu, Mohd. Azhar didakwa lima pertuduhan rasuah bernilai lebih RM6.3 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.