nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah penentu yang terbaik

25 OKT: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) percaya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, akan menggunakan kebijaksanaan dan membuat pertimbangan sewajarnya sebelum memutuskan keperluan pengisytiharan darurat berikutan penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan di negara ini sekarang.

Presidennya, Musa Awang menegaskan PGSM percaya bahawa kuasa untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat adalah kuasa khas yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan.

Musa Awang

“Mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka baginda boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.

“Proklamasi Darurat di bawah Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancam keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir benar berlaku,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Justeru, Musa berkata, PGSM menyerahkan sepenuhnya kepada budi bicara dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memutuskan sama ada wajar atau tidak suatu proklamasi darurat dikeluarkan dengan mengambil kira faktor keselamatan, kesihatan, ekonomi dan ketenteraman awam, khususnya apabila membabitkan peningkatan mendadak kes Covid-19 di negara ini.

“PGSM ingin menegaskan bahawa semasa dalam tempoh proklamasi darurat berkuat kuasa, apa-apa undang-undang yang dibuat oleh Parlimen tidak memperluas kuasa Parlimen mengenai apa-apa perkara undang-undang atau adat anak negeri di Negeri Sabah atau Sarawak; atau yang berhubungan dengan agama, kewarganegaraan, atau bahasa adalah tertakluk kepada Perkara 6A Perlembagaan Persekutuan.

“PGSM percaya bahawa Seri Paduka akan meletakkan keutamaan dan kesejahteraan rakyat di puncak utama dalam mempertimbangkan apa jua keputusan yang akan dibuat,” katanya.

Pada Jumaat lalu, portal berita PN BBC melaporkan kerajaan dijangka mengumumkan ‘darurat kesihatan’ dalam tempoh terdekat bagi lebih tumpuan kepada usaha menangani isu penularan wabak COVID-19 dalam komuniti di Malaysia sekarang ini.

Menurut sumber, pelaksanaan ‘darurat kesihatan’ itu turut dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Kabinet dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama anggota Kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, pagi tadi.

Sumber berkata, Perdana Menteri juga sudah mendapatkan pandangan daripada pihak berkenaan termasuk Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pejabat Peguam Negara, dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung langkah terbaharu bakal diambil kerajaan itu.

Berikutan itu, Muhyiddin terpaksa bergegas ke Kuantan untuk mempersembahkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri kepada Al-Sultan Abdullah, namun Yang di-Pertuan Agong memutuskan perkara itu perlu dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja yang diadakan di Istana Negara, pada petang ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.