nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agong titah semua MP sokong Bajet

28 OKT: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan kepada Ahli-ahli Parlimen supaya memberikan sokongan padu kepada Belanjawan 2021 demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Selangor berkata, Al-Sultan Abdullah bertitah, Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Parlimen dalam masa terdekat adalah amat penting kepada kerajaan dan pihak berkuasa khususnya petugas barisan hadapan, meneruskan dan melancarkan dasar serta usaha membendung dan menangani ancaman wabak COVID-19 daripada terus merebak.

“Justeru itu Al-Sultan Abdullah menyeru Ahli Dewan Rakyat menghormati titah nasihat baginda supaya mereka memberhentikan segera segala perbalahan politik dan sebaliknya mengutamakan kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara supaya Belanjawan 2021 diluluskan tanpa sebarang gangguan.

“Seri Paduka juga mengingatkan Ahli Parlimen bahawa sengketa politik untuk kepentingan peribadi masing-masing akan merugikan negara dan seluruh rakyat akan menjadi mangsa pada ketika negara masih lagi bergelut menghadapi ancaman COVID-19 ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, hari ini.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah menerima Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap untuk pra-mesyuarat Kabinet di Istana Negara.

Dalam sesi menghadap yang berlangsung lebih satu jam mulai jam 8 pagi tadi, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima taklimat ringkas Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 6 November nanti.

Ahmad Fadil menambah, Al-Sultan Abdullah juga menzahirkan harapan baginda supaya Belanjawan 2021 nanti turut memberikan penekanan kepada pemulihan ekonomi negara dan kesejahteraan serta kelangsungan hidup yang terkesan akibat COVID-19.

“Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan keyakinan penuh kepada kemampuan Perdana Menteri untuk menerajui kepemimpinan negara pada saat negara sedang diuji dengan pelbagai krisis sekarang ini,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.