nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pilihan raya boleh dielak jika darurat – PM

31 OKT: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak hanya boleh ditangguhkan jika kerajaan mengisytiharkan darurat berikutan penularan COVID-19 yang semakin meningkat ketika ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bimbang dengan kadar penularan yang naik mendadak mengingatkan perkata ini adalah serius.

Malah, beliau berpandangan, pilihan raya sepatutnya tidak diadakan langsung pada masa ini.

muhyiddin
MUHYIDDIN YASSIN

“Tetapi apa boleh buat kerana itu adalah kehendak dalam Perlembagaan Persekutuan maka kita terpaksa mengadakan pilihanraya.

“Kecuali jika darurat diisytiharkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Batu Sapi dan Sarawak, bolehlah kita tangguhkan dahulu kedua-dua pilihanraya ini sehingga COVID-19 berakhir,” katanya ketika menyampaikan perutusan khas situasi semasa COVID-19 secara langsung melalui Facebook hari ini.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) merayu kepada penduduk Batu Sapi dan Sarawak supaya berhati-hati jika pilihanraya tidak dapat ditangguhkan atas apa-apa sebab sekali pun.

“Jagalah diri saudara dan saudari semua. Patuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan penuh berdisiplin apabila pilihan raya diadakan,” jelasnya.

Ahli Parlimen Pagoh itu memberitahu, dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikannya hari ini, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ikmalrudin Ishak memaklumkan ramai petugas pilihan raya menyatakan rasa bimbang untuk bertugas di PRK Parliman Batu Sapi nanti kerana takut terkena jangkitan COVID-19.

Selain itu, Perdana Menteri memberitahu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga melaporkan jika PRN Sarawak terpaksa diadakan, beliau bimbang akan keadaan di kawasan-kawasan pedalaman negeri Sarawak yang tidak mempunyai kemudahan kesihatan yang lengkap apakah akan mampu menampung peningkatan kes-kes positif COVID-19 yang berkemungkinan naik secara mendadak selepas pilihan raya.

“Keupayaan frontliners dan logistik kesihatan juga akan menjadi semakin terkekang dengan keadaan geografi negeri Sarawak yang luas dan sesetengah kawasan amat sukar untuk diakses.
“Ini tidak mengambil kira kos tambahan yang akan ditanggung oleh kerajaan dan kos ke atas ekonomi jika penularan jangkitan COVID-19 berlaku dengan mendadak selepas pilihan raya.

“Di negeri Sabah sahaja dianggarkan kerajaan terpaksa membelanjakan setengah bilion ringgit jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa dilaksanakan,” katanya.

Muhyiddin turut menyatakan tentang banyak kekangan yang dihadapi oleh SPR untuk menggubal satu SOP yang benar-benar berkesan dalam memastikan tiada jangkitan langsung semasa pilihan raya diadakan.

Beliau berkata, antaranya adalah kekangan untuk menghalang pergerakan pengundi di kawasan merah untuk keluar mengundi kerana mereka ada hak untuk mengundi di sisi perlembagaan.
“Batu Sapi adalah kawasan merah. Kita minta penduduk Batu Sapi supaya duduk di rumah.

“Tetapi oleh kerana ada pilihanraya mereka terpaksa keluar beramai-ramai untuk mengundi. Mungkin peratusan keluar mengundi akan menjadi rendah, tetapi itulah demokrasi,” ujarnya.

Muhyiddin juga memberi gambaran tentang kesukaran melaksanakan PRN Sarawak berikutan beberapa zon merah di negeri itu telah dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Begitu juga pengundi Sarawak yang tinggal di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan lain-lain negeri yang mencatatkan kes-kes COVID-19 yang tinggi.

“Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tidak boleh menghalang mereka pulang mengundi kerana itu adalah hak mereka di bawah Perlembagaan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, persoalan timbul dari segi pihak mana yang akan menanggung kos ujian saringan COVID-19 terhadap pengundi luar yang balik mengundi di Sarawak selain tiada jaminan mereka tidak dijangkiti selepas mengambil ujian.

Beliau seterusnya merayu penduduk Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan negeri-negeri lain yang mencatatkan peningkatan kes positif COVID-19 agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan serta amalkan bekerja dari rumah.

“Akhir sekali, saya ingin mengajak semua pihak – ahli-ahli politik, pemimpin masyarakat sivil, pertubuhan bukan kerajaan, belia, mahasiswa dan seluruh lapisan masyarakat supaya bersatu hati, berganding bahu dan berpadu tenaga untuk melawan COVID-19,” katanya – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.