nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lima lagi kluster baharu COVID-19

2 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti lima lagi kluster baru COVID-19 hari ini melibatkan Sabah, Labuan, Negeri Sembilan dan Lembah Klang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster pertama Kluster PTS Tawau melibatkan sebuah Pusat Tahanan Sementara (PTS) di daerah Tawau.

Katanya, kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 5 Oktober dan saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 103 lagi kes positif.

“Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Tawau dan sehingga jam 12 tengah hari ini, sejumlah 1,671 individu telah disaring, di mana 104 kes dikesan positif COVID-19 dan 1,567 individu masih menunggu keputusan.

“Kluster kedua, Kluster Tenaga melibatkan subzon Batu Arang di Labuan. Kes-kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bersasar terhadap komuniti berisiko tinggi dan kesemua kes dimasukkan ke Hospital Labuan.

“Sehingga jam 12 tengah hari, sejumlah 103 individu telah disaring, di mana 57 kes dikesan positif COVID-19 dan46 individu masih menunggu keputusan,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Kata Noor Hisham, kluster ketiga ialah Kluster Gedong melibatkan daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan, daerah Petaling di negeri Selangor, daerah Johor Baharu serta Putrajaya.

Katanya, kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 27 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Rembau.

“Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 11 lagi kes positif COVID-19 dan sehingga tengah hari ini, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dan 30 individu masih menunggu keputusan.

“Kluster keempat ialah Kluster Wisma Saberkas di daerah Kuching. Kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 30 Oktober lalu dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

“Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh lagi kes positif COVID-19 di mana setakat tengah hari ini, sejumlah 130 individu telah disaring di mana lapan kes dikesan positif manakala 112 individu masih menunggu keputusan,” jelasnya.

Menurut Noor Hisham, kluster kelima ialah Kluster Seridana melibatkan Putrajaya dan kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 31 Oktober lalu.

Katanya, saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak empat lagi kes positif COVID-19 dengan kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Sehingga jam 12 tengah hari, sejumlah 31 individu telah disaring, di mana lima kes dikesan positif COVID-19 dan 26 individu masih menunggu keputusan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan Kluster Sungai yang melibatkan negeri Kedah dan Perlis telah tamat hari ini.

“Sehingga 2 November 2020, seramai 25,406 orang telah disaring. Daripada jumlah ini, 101 kes dikesan positif COVID-19 dan baki 25,305 orang adalah negatif.

“Kadar positiviti bagi kluster ini adalah 0.4 peratus. Terdapat satu kes kematian dilaporkan dalam kluster ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, terdapat 138 kluster aktif ketika ini dengan 38 daripadanya melaporkan pertambahan kes baru.

Katanya, kluster-kluster di Selangor masih melaporkan pertambahan dengan Kluster Hentian melaporkan 16 kes lagi hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 232 kes.

“Begitu juga Kluster Utama yang melaporkan pertambahan tiga kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 246 kes,” ujarnya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.