nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RMK-12 rangkum pemulihan ekonomi pasca COVID-19

2 NOV: Kerajaan melalui Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) sedang memuktamadkan penyediaan pelan pemulihan ekonomi jangka panjang pasca COVID-19 menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) 2021-2025 yang akan diumumkan pada awal tahun 2021.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri melakukan yang terbaik untuk melindungi nyawa rakyat dan menjamin kelangsungan hidup mereka.

Mustapa yang juga Ahli Parlimen Bersatu Jeli berkata, kerajaan sudah merangka pelbagai langkah bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat akan diperkenalkan kerajaan menerusi Belanjawan 2021.

MUSTAPA MOHAMED
MUSTAPA MOHAMED

“Insya Allah dengan langkah diambil termasuk menerusi Belanjawan 2021 dan RMK-12 yang akan dibentangkan nanti ekonomi negara kita akan dapat dipulihkan kembali berdaya saing dan mampan.

“Marilah kita semua tanpa mengira parti bersama-sama memulihkan ekonomi negara dan membela kepentingan rakyat,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Bersatu Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh yang meminta Perdana Menteri menyatakan setakat manakah impak ekonomi daripada pandemik COVID-19 khususnya kepada individu, isi rumah dan syarikat perniagaan serta pelbagai sektor ekonomi negara keseluruhannya serta nyatakan dasar, mekanisme dan langkah untuk memacu ekonomi ke arah berdaya tahan dan mapan.

Mustapa berkata, pandemik COVID-19 telah memberi impak yang besar kepada individu, isi rumah dan syarikat perniagaan serta hampir semua sektor ekonomi.

Malah, menurut beliau, skala dan kesannya jauh melebihi jangkaan, dan negara-negara di seluruh dunia telah menghadapi penguncupan ekonomi yang ketara.

“Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF, pertumbuhan ekonomi dunia dijangka menguncup sebanyak 4.4 peratus tahun ini, iaitu penguncupan yang paling teruk sejak perang dunia kedua.

“Malaysia juga tidak terkecuali. Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) telah menguncup sebanyak 8.3 peratus dalam tempoh separuh pertama 2020 (separuh kedua 2019: 4.0 peratus).

“Bagaimanapun, kesan negatif ke atas pertumbuhan ekonomi pada tahun ini adalah bersifat sementara dan dijangka pulih pada tahun 2021. Beberapa petunjuk ekonomi pada bulan Ogos dan September 2020 telah menunjukkan prestasi ekonomi adalah lebih baik berbanding dengan prestasi separuh pertama tahun 2020,” katanya.

Mustapa berkata Eksport Malaysia pada September 2020 mencatatkan pertumbuhan sebanyak 13.6 peratus; nilai jualan perdagangan borong dan runcit telah meningkat sebanyak 2.5 peratus pada bulan Ogos 2020; jualan kereta penumpang pula telah meningkat 8 peratus pada bulan September 2020; dan KNDK separuh pertama 2020 mengucup kepada -8.3 peratus pada tahun ini.

“Bagaimanapun, krisis berkenaan adalah bersifat sementara kerana dijangkakan ekonomi negara akan pulih pada tahun depan.

“Mengambil kira kedudukan ekonomi terkini pertumbuhan ekonomi negara dijangka menguncup antara 5.3 peratus hingga 3.5 peratus dan dijangka berkembang tahun depan pada kadar 5.5 peratus hingga 8 peratus,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.