nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

80 MP dalam dewan, sidang 4 jam sehari

5 NOV: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, mengesahkan bahawa hanya 80 Ahli Parlimen iaitu 41 penyokong kerajaan, 39 pembangkang dan Bebas akan dibenar berada dalam Dewan Rakyat, pada satu-satu masa.

Beliau berkata Mesyuarat Penyelarasan Urusan Dewan Rakyat berikutan penularan wabak COVID-19 semalam yang turut dihadiri Ketua Whip parti turut memutuskan persidangan Dewan Rakyat juga akan bermula pada jam 10 pagi hingga 2 petang bermula Isnin ini hingga 15 Disember depan.

Katanya, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira nasihat daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) serta syarat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Justeru, sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada Isnin dan Rabu ialah dari jam 10 pagi hingga 11 pagi. Pada hari Selasa dan Khamis sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan ialah selama 55 minit dari 10.05 hingga 11 pagi. Hanya satu soalan tambahan dibenarkan dan ianya mestilah seringkas yang boleh.

“Perbahasan di peringkat Dasar Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 ditetapkan selama lapan hari iaitu pada 9, 10, 11, 12, 16, 17, 18 dan 19 November ini.

“Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) pula akan dilaksanakan setiap Selasa dan Khamis selama lima minit dari jam 10 pagi. Ahli Yang Berhormat berkenaan akan membaca soalan beliau dan Menteri berkenaan akan menjawab secara bertulis pada hari sama dan jawapannya akan disiarkan di portal Parlimen Malaysia secepat mungkin,” katanya menerusi pemasyhuran yang dibacakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Azhar berkata, perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2021 adalah selama lapan hari iaitu Isnin (9 November), Selasa (10 November), Rabu (11 November), Khamis (12 November), Isnin (16 November), Selasa (17 November), Rabu (18 November) dan Khamis (19 November).

“Jawapan menteri di peringkat dasar kekal selama tiga hari iaitu pada 23, 24 dan 25 November ini. Perbahasan di peringkat Jawatankuasa pula adalah selama 11 hari.

“Jumlah hari persidangan mesyuarat ketiga ini boleh ditambah sebanyak dua hari iaitu pada 16 dan 17 Disember jika diperlukan,” katanya.

Dalam pada itu, Azhar berkata hanya 80 Ahli Parlimen dibenarkan berada dalam Dewan Rakyat sepanjang tempoh persidangan mesyuarat ketiga termasuk ketika pembentangan Belanjawan 2021 esok.

Azhar berkata pecahan pembahagian Ahli Parlimen adalah 41 dari pihak kerajaan dan 39 lagi adalah pembangkang serta Bebas.

“Penentuan Ahli Parlimen yang boleh berada dalam dewan akan ditetapkan oleh parti masing-masing. Setiausaha Dewan Rakyat akan memberikan Kad Khas kepada Yang Berhormat Kota Bharu untuk selaraskan kehadiran di pihak anggota pentadbiran dan ahli ‘backbenchers’.

“Di pihak pembangkang, Kad Khas ini akan diberikan kepada Yang Berhormat Sungai Petani untuk kehadiran ahli pembangkang dan Bebas,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.