nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kembali Membela Rakyat

PROGRAM/INISIATIF DI BAWAH KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI DI BAWAH BELANJAWAN 2021

1) Pembentangan Belanjawan 2021 oleh YB Menteri Kewangan yang bertemakan Teguh Kita, Menang Bersama adalah berlandaskan kepaada empat fokus utama iaitu menjaga kebajikan rakyat, memacu pertumbuhan ekonomi, melestarikan kehidupan dan memantapkan penyampaian perkhidmatan awam. Melalui Belanjawan 2021 ini, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah diperuntukkan sejumlah RM2.10 bilion dengan RM1.06 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.04 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Jika dibandingkan dengan Belanjawan 2020, perbelanjaan mengurus 2021 didapati berkurangan sebanyak RM7.7 juta (0.72%), manakala perbelanjaan pembangunan 2021 bertambah sebanyak RM114.8 juta (12.4%).

2) Sehubungan itu, KeTSA akan mengoptimumkan perbelanjaan di bawah peruntukan mengurus dan pembangunan bagi melaksanakan program/inisiatif pada tahun hadapan dalam usaha memastikan kemampanan industri bekalan elektrik dan tadbir urus sumber asli untuk kesejahteraan negara. Di antara program/inisiatif KeTSA yang akan dilaksanakan di bawah Belanjawan 2021 adalah seperti berikut:

a) Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency atau SAVE 2.0 melibatkan peruntukan Kerajaan berjumlah RM30 juta. Melalui SAVE 2.0, sebanyak RM200 e-Rebat akan diberikan kepada pengguna bagi setiap pembelian peti sejuk dan penghawa dingin bertaraf 4 atau 5 bintang buatan tempatan. Program SAVE 2.0 dijangka memberi manfaat kepada 140,000 isi rumah;

b) Menyediakan perkhidmatan bekalan elektrik yang berdaya harap bagi negeri Sabah dengan meneruskan pelaksanaan projek-projek menaiktaraf infrastruktur bekalan elektrik melalui peruntukan geran langsung berjumlah RM458,870,000;

c) Usaha penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi membanteras pencerobohan dan pemburuan haram. Justeru, Program Rondaan dan Perlindungan Biodiversiti (Biodiversity Protection and Patrolling Program – BP3) yang melibatkan kolaborasi strategik dengan agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan perlantikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (VAT) dan Orang Asli (OA) sebagai renjer hidupan liar akan terus diperkukuhkan. Sejumlah RM20 juta telah diluluskan bagi meningkatkan penyertaan renjer veteran VAT, polis dan OA kepada 500 orang dan kawasan operasi akan diperluas meliputi kawasan hotspots lain termasuk Hutan Simpanan Kekal (HSK);

d) Kerajaan menyedari beban yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri dalam memulihara kawasan perlindungan dan perlindungan habitat hidupan liar. Sehubungan itu, sebanyak RM70 juta telah diperuntukan melalui insentif instrumen Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) sebagai insentif kepada Kerajaan Negeri bagi melaksanakan program/projek berkaitan kelestarian biodiversiti;

e) KeTSA juga akan meneruskan Program Penanaman Pokok Bakau bagi memelihara kawasan paya bakau serta spesies pokok lain di pesisiran pantai antaranya di Tanjung Piai, Johor dan Kuala Sepetang, Perak;

f) KeTSA menyambut baik penubuhan MySDG Trust Fund dengan peruntukan permulaan sebanyak RM20 juta. MySDG Trust Fund dilihat sebagai platform terbaik untuk mencipta sinergi di antara sektor awam dan swasta dalam memenuhi obligasi Negara terhadap pencapaian sasaran Sustainable Development Goals (SDGs);

g) Ekoran situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara, sektor pelancongan domestik telah kembali menjadi tumpuan rakyat. KeTSA menyambut baik peruntukan sebanyak RM50 juta yang telah diluluskan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih kemudahan pelancongan di seluruh negara termasuk lokasi – lokasi eko pelancongan di bawah selian KeTSA seperti Taman Negara, Taman Ekorimba, Hutan Taman Negeri dan Taman Geopark. KeTSA turut menyokong usaha Kerajaan bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada 500 orang daripada komuniti setempat dan Orang Asli sebagai juru pandu pelancongan di semua Taman Negara bagi merancakkan segmen ekopelancongan; dan

h) Melalui Program Transformasi Mineral Negara, sumbangan industri mineral dalam KDNK negara akan dipertingkatkan melalui peluasan liputan eksplorasi mineral dengan sasaran penambahan sebanyak 500 hektar daripada keseluruhan keluasan negara pada tahun 2021. Selain itu, sejumlah 32 lombong/kuari akan diaudit dan dibuat penarafan pada 2021 berasaskan kriteria Sustainable Development Indicator (SDI) dalam usaha memastikan industri mineral negara yang lebih lestari dan berdaya harap.

3) Kementerian akan terus komited dalam mengurus bekalan elektrik secara strategik dengan mengoptimumkan tenaga boleh baharu dan kecekapan tenaga bagi menjamin perkhidmatan bekalan elektrik yang berdaya harap, mampu bayar dan lestari. KeTSA juga akan menerajui tadbir urus sumber asli secara bersepadu berteraskan penggunaan sumber yang cekap dan optimum selaras dengan dasar dan undang-undang negara serta komitmen antarabangsa.

YB DATO’ DR. SHAMSUL ANUAR HAJI NASARAH,
MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI.
6 NOVEMBER 2020

Get real time updates directly on you device, subscribe now.